,
Laman Utama

Nak Beraya di Rumah Alasan Pesakit Positif Covid-19 Tak Mahu Pergi Ke Pusat Kuarantin – Pengarah PKRC Kelantan

Fiza Kamarudin
08/05/2021
02:59 MYT
Alasan ingin menyambut Aidilfitri di rumah, menjadi punca utama individu positif COVID-19 enggan hadir menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), kata Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Azman Yacob.
Beliau berkata, tindakan itu menyusahkan petugas di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) apabila terpaksa turun padang memujuk pesakit terbabit hadir menjalani kuarantin.
Katanya, ia juga menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya mereka yang positif COVID-19 masih rendah terhadap bahaya wabak itu dengan memberi keutamaan untuk berhari raya.
"Kami dapati ada yang enggan datang ke PKRC dalam tempoh menghampiri Aidilfitri apabila diminta berbuat demikian kerana ingin berhari raya di rumah bersama keluarga.
"Mereka sanggup mengambil risiko walaupun positif COVID-19 dan wakil kami di PKD terpaksa turun padang memujuk mereka yang positif COVID-19 supaya datang menjalani kuarantin segera di PKRC," katanya selepas meninjau tapak PKRC kelapan di Gelanggang Seni yang akan dibuka kira-kira tiga hari lagi.
Dr Mohd Azman berkata, ia suatu cabaran buat petugas kesihatan kerana kesedaran untuk memutuskan rantaian wabak itu tidak menyeluruh malah masyarakat lebih memilih untuk berhari raya daripada menyelamatkan nyawa sendiri termasuk orang sekeliling.
Katanya, setakat ini pesakit berjaya dipujuk untuk hadir ke PKRC, namun mereka yang enggan berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Sementara itu, mengulas PKRC khas kelapan itu, Dr Mohd Azman berkata, pusat kuarantin itu akan dilengkapi 30 katil klinikal dan kelengkapan perawatan khas serta bekalan oksigen mudah alih untuk pesakit warga emas, manakala 50 katil dua tingkat lagi bagi 100 pesakit COVID-19 untuk pesakit wanita.
"PKRC ini mempunyai 50 katil dua tingkat untuk pesakit wanita dan 30 katil klinikal (campur lelaki dan wanita) serta menjadi 'bridging' antara pesakit dengan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
"Ia akan menempatkan pesakit muda dan berusia yang memerlukan rawatan khas, namun jika pesakit memerlukan rawatan lanjut, mereka akan dipindahkan segera ke HRPZ II yang terletak hanya 1.5 kilometer saja," katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.
Dr Mohd Azman berkata, PKRC berkenaan dilengkapi semua peralatan itu bagi memudahkan urusan petugas mengendalikan kes kritikal terutama membabitkan pesakit berusia 60 hingga 70 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

gempak
26/04/2024
06:55 MYT
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di