,
Hiburan

"Nak Bantu Mereka Walau Sedikit Tapi Berterusan"- Bakal Buka 10 Pasar Raya, Ustaz Ebit Lew Mohon Doakan Bisnesnya...

Hanafis Haris
23/06/2020
17:38 MYT
Awal bulan lalu, penceramah dan pendakwah bebas popular, Ustaz Ebit Lew meluahkan hasratnya untuk membuka 10 cawangan pasar raya menjual barangan runcit.
Ketika itu, Ebit difahamkan sedang mencari pembekal barangan runcit paling murah untuk pasar raya yang digelar sebagai Elews Mart.
Namun, hari ini impian Ebit membuka pasar raya semakin tercapai apabila ia bakal dibuka tidak lama lagi.
Bukan satu, bukan dua tapi difahamkan Ebit Lew bakal membuka 10 cawangan kesemuanya.
Perkara itu didedahkan menerusi satu posting di Instagram semalam.
Menurut Ebit, kini kesemua 10 cawangan berkenaan sedang diubah suai sebelum ia dibuka kepada orang ramai.
“Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini.
“Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan Elews Mart? Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah.
“Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama.
“Saya nak buat food bank di setiap Elews Mart dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah. Begitu juga peluang pekerjaan,” katanya.
Jelasnya, ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan, tiga lori besar digunakan untuk mengagihkan makanan, namun dalam tempoh tiga hari saja ia sudah habis.
“Di situ saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.
“Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang.
“Dulu saya miskin susah, alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu, doakan yer semua,” katanya.
Tambahnya, 10 cawangan berkenaan membabitkan kawasan Bandar Baru Bangi, Kajang,Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak,Gombak Traders dan Subang Perdana.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen menitipkan doa supaya pasaraya tersebut maju dan berjaya.
Dalam pada itu juga, tidak kurang yang bertanyakan sekiranya ada peluang kerja kosong disediakan oleh Ebit.

Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 elewsMart dan DC kami sedang renovate . Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan ElewsMart? Hari-hari saya kerja buat Training. 3 Restoren ParamountCoffeeHouse. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba Mart . Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank di setiap elewsMart Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan. Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3hari jer dah habis. Disitu saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini. Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak Redha Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang. Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan yer semua. Pohon doakan yer ada 10 cawangan. Bandar Baru Bangi, Kajang,Cyberjaya, Sg Buloh,Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak,Gombak Traders dan Subang Perdana. Terima kaseh semua. ElewsMart Saudaraku,Murah?

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"

gempak
01/05/2024
15:50 MYT
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Laman Utama

“Allah Uji Sebab Sayang…” - Ebit Lew Reda, Isteri Keguguran

gempak
15/12/2022
03:50 MYT
Semoga dipermudahkan semuanya.
Laman Utama

Mendaki Bukit Pakai Jubah, Ramai ‘Ghisau’ Tengok Ebit Lew - “Laju Sangat Tu, Pakai Jersi Lagi Okay..”

gempak
25/07/2022
00:56 MYT
Hati-hati turun bukit tu ustaz.
Laman Utama

Adik Ini Menangis Dapat Hadiah Motor Dari Ebit Lew, Tidur Bawah Jambatan Sejak Usia 10 Tahun

gempak
30/04/2022
14:30 MYT
Sampai ke Jakarta Ebit bantu.
Laman Utama

4 Keluarga Hilang Kediaman Akibat Banjir, Ebit Lew Bantu Bina Rumah Baharu - “Tak Berhenti Mereka Ucap Terima Kasih…”

gempak
31/01/2022
06:50 MYT
Semoga dipermudahkan