,
Hiburan

"Nak Bagi Nafkah Anak Alahai Aji Bakhil Pulaknya" - Farah Lee 'Membebel' Pada Siapa?

Badrul Hashim
02/12/2020
23:00 MYT
Biarpun dia bukan seorang selebriti, namun nama Farah Lee tetap dikenali ramai sebagai personaliti media sosial dan usahawan yang mempunyai jenama pakaiannya sendiri.
Sehingga kini Farah Lee mempunyai pengikut berjumlah lebih 784,000 orang di Instagram miliknya itu yang banyak berkongsi kisah semasa belajar, kisah anaknya, koleksi pakaiannya dan kisah-kisah lain lagi.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Farah Lee memuat naik sekeping gambar anaknya ketika berada di luar negara.
"Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira-kira untuk invest dalam education dan well-being anak-anak, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.
"Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka," tulis Farah Lee.
Tulisnya lagi, terutama kepada ayah-ayah yang terlalu sibuk bekerja atau yang sudah bercerai dengan isteri dan anak tinggal bersama dengan bekas isteri.
"Nak2 ayah2 yang terlalu busy berkerja atau yang dah bercerai anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya.
Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan well-being anak-anak untuk kita," tulisnya lagi.
Farah turut mengingatkan bahawa anak-anak adalah amanah kepada ibu bapa.
"Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah amin," tulisnya lagi.
Tidak diketahui sama ada ianya hanya sekadar 'bebelan' pada orang-orang tertentu atau sekadar coretan biasa sahaja.
Namun ramai yang meninggalkan komen mengadu mengalami nasib yang serupa diceritakan oleh Farah.
Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin binti Romli pernah berkahwin dengan personaliti TV, Ally Iskandar pada Januari 2012 tetapi kemudiannya bercerai pada Ogos 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel yang tinggal bersama Farah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Terima Watak Aksi, Fad Anuar Pasang Impian Mahu Bawa Watak Komedi Pula - “Saya Minat Tapi Tak Ada Rezeki Lagi”

gempak
20/11/2024
06:50 MYT
Pelakon Fad Anuar mengakui mahu keluar dari zon karya aksi dalam setiap naskah yang dibintanginya.
Terkini

Percaya Pada Rezeki, Syazuwan Hassan Terus Usaha Untuk Ceburi Dunia Filem

gempak
03/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Syazuwan Hassan menyatakan hasratnya untuk mengembangkan lagi bakat lakonannya dan menceburkan diri dalam industri perfileman.
Hiburan

Dilantik Jadi Duta Wangian, Cik Man; "Tak Kisah Popular Atau Tak, Tua Atau Muda, Kalau Ikhlas Akan Nampak Hasil"

gempak
28/10/2024
18:55 MYT
Artis veteran juga mempunyai tarikan dan keupayaan untuk menjadi duta sesuatu produk malah mampu melariskan perniagaan.
Hiburan

Rezeki Mencurah-Curah Lepas Cerai, Kesibukan Kerja Buat Badan Fattah Amin Susut - “Saya Tak Mahu Kecewakan…”

gempak
28/10/2024
03:55 MYT
Selepas bercerai dengan bekas isteri, Nur Fazura, pelakon Fattah Amin tidak henti meraih rezeki yang tidak terduga.
Hiburan

Adam Shahz Enggan Bayar Nafkah Anak RM1,000, Fatin Afeefa Syukur Suami Sudi Bantu - “Saya Harap Mahkamah Berpihak Pada…”

gempak
15/10/2024
02:55 MYT
Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan bayaran nafkah diberikan bekas suami iaitu aktor Adam Shaz yang dianggap tidak mencukupi untuk menanggung kos persekolahan anaknya.
Unitar