,
Laman Utama

Najib Dihantar Ke Hospital Rehabilitasi Cheras Untuk Rawatan

Azwa Rahman
21/09/2022
08:52 MYT
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dirujuk ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) di sini pada Isnin (19 Sept) bagi rawatan dan pemantauan lanjutan terhadap tahap kesihatannya.
Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau.
Jelas jabatan itu, Makmamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 September lalu telah memerintahkan Najib dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setelah dimaklumkan keadaan kesihatan beliau yang tidak memuaskan.
"Selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara dan peruntukan di bawah akta tersebut serta United Nations Standard Minimum Rules for the Treatment of Prisoners (Mandela Rules), pihak Jabatan Penjara telah menghantar Najib ke HKL untuk rawatan oleh pakar perubatan di sana.
“Pada 19 September, pihak HKL telah merujuk Najib ke HRC untuk rawatan dan pemantauan lanjutan sehingga kini," demikian menurut Jabatan Penjara, hari ini.
Sebagai pihak berkuasa yang melaksanakan tanggungjawab di bawah Akta Penjara, jabatan itu menambah, pihaknya juga bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga.
Katanya, ia termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan seperti yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan.
Sebelum ini media melaporkan Najib yang hadir di Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu bagi prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dirujuk ke Hospital Kajang kerana mengalami masalah kesihatan.
Najib akan dirujuk ke hospital tersebut ekoran ubat darah tinggi baharu yang diambilnya menyebabkan kesan teruk.
Sementara pada hari sama, Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata tekanan darah Najib dilapor berada pada tahap tinggi dan berbahaya susulan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser di dalam perutnya.
Beliau juga mendakwa permohonan Najib untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di HKL telah ditolak oleh pakar perubatan yang merawat beliau.
Sumber: Astro Awani
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Najib Dapat Pengampunan, Bebas Pada Tahun 2028

gempak
02/02/2024
08:26 MYT
Spekulasi mengenai pembebasan awal bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya terjawab apabila Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan bekas Presiden UMNO itu akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028
Laman Utama

Nazir Razak Nikahi Pengasas Kosmetik Yati Zainuddin - "Kami Pernah Berkawan Ketika Belajar Di UK, Takdir Mempertemukan Semula ..."

gempak
18/11/2023
00:56 MYT
Sekalung tahniah!
Laman Utama

Sambut Kelahiran Cahaya Mata Ketiga Pada Tarikh Bapa Dihukum Penjara, Anak Najib Razak Mohon…

gempak
24/08/2023
00:50 MYT
Ini pesanan Yana Najib
Laman Utama

Yana Najib Balik Pekan, Rindu Perjuangan Ayah - "Daddy Beritahu Kalau Berniat ..."

gempak
07/11/2022
00:00 MYT
Yana Najwa rindu Najib Razak
Laman Utama

“Datuk Seri Najib Tidak Seceria Seperti Dulu” - Peguam

gempak
14/09/2022
22:50 MYT
Sikap anak guamnya tidak seperti sebelum dirujukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani rawatan bagi masalah tekanan darah tingginya