,
Berita

Najib Dapat Pengampunan, Bebas Pada Tahun 2028

Gempak
02/02/2024
08:26 MYT
Spekulasi mengenai pembebasan awal bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya terjawab apabila Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan bekas Presiden UMNO itu akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Tarikh tersebut adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

BERITA TRENDING: “Sentiasa Menunggu Kepulanganmu, However Long It Takes” - Yana Najib

Menurut kenyatan yang dikeluarkan oleh urusetia lembaga tersebut, keputusan berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang telah bersidang pada 29 Januari lalu."Sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan tersebut yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

BERITA TRENDING: Najib Mahu Man On The Run Dikeluarkan Daripada Netflix

"Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah memutuskan hukuman ke atas Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar. "Namun sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi beliau akan ditambah selama setahun dimana tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029," menurut kenyataan itu pada Jumaat.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Nazir Razak Nikahi Pengasas Kosmetik Yati Zainuddin - "Kami Pernah Berkawan Ketika Belajar Di UK, Takdir Mempertemukan Semula ..."

gempak
18/11/2023
00:56 MYT
Sekalung tahniah!
Laman Utama

Sambut Kelahiran Cahaya Mata Ketiga Pada Tarikh Bapa Dihukum Penjara, Anak Najib Razak Mohon…

gempak
24/08/2023
00:50 MYT
Ini pesanan Yana Najib
Laman Utama

Yana Najib Balik Pekan, Rindu Perjuangan Ayah - "Daddy Beritahu Kalau Berniat ..."

gempak
07/11/2022
00:00 MYT
Yana Najwa rindu Najib Razak
Laman Utama

Najib Dihantar Ke Hospital Rehabilitasi Cheras Untuk Rawatan

gempak
21/09/2022
08:52 MYT
Akan dipantau lanjut.
Laman Utama

“Datuk Seri Najib Tidak Seceria Seperti Dulu” - Peguam

gempak
14/09/2022
22:50 MYT
Sikap anak guamnya tidak seperti sebelum dirujukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani rawatan bagi masalah tekanan darah tingginya