,
Hiburan

Naim Daniel Tak Backup Rakan Selebriti, Dedah Sebab Kenapa Padam Hantaran Di X

Umirah Halim
23/05/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Naim Daniel menafikan dakwaan mempertahankan rakan selebriti seperti yang didakwa oleh segelintir pihak susulan kecoh isu Gerakan Blockout 2024 sebelum ini.

Hanya ingin sampaikan nasihat

Jelas Naim, tujuan sebenar hantaran yang dibuat di Platform X itu, hanya sekadar ingin menyampaikan nasihat untuk dirinya dan orang ramai supaya menjaga kata-kata di media sosial.
"Kenyataan tersebut kalau dibaca balik sekalipun, tiada sebarang unsur yang mengatakan saya backup sesiapa pun.
"Dekat statement itu saya cakap, kalau kita nak buat isu Blockout ini kenapa perlu sampai menghina, mencaci maki untuk jalankan sesuatu benda yang baik. Kenapa kita nak cemarkan tujuan yang baik dengan menghina. Jadi kita kena periksa semula diri kita.
"Nak backup member buat apa, bukan saya dapat apa pun, dalam tweet tersebut hanyalah pesanan untuk diri saya dan semua orang suapaya kalau nak boikot jangan sampai menghina dan mengancam nyawa orang,” katanya ketika ditemui Gempak.
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam oleh pelantun lagu Sumpah itu gara-gara terlalu banyak kecaman dan komen negatif yang telah diterima.

"Sebab terlalu banyak sangat negativiti yang orang dah spin kan untuk serang saya, walaupun benda utama yang saya cuba nak sampaikan adalah boikot jangan sampai menghina.

"Jadi, saya rasa macam kenapa dekat komen tweet saya itu banyak sangat yang sibuk bergaduh jadi kita nak perang dengan siapa? sesama sendiri atau dengan Israel, itulah yang saya cuba ketengahkan,” jelasnya lagi.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai isu boikot selebriti atau Gerakan Blockout 2024 yang bertujuan menyekat atau unfollow artis yang mempromosikan jenama pro-Israel itu.
Bagaimanapun, Naim telah menerima kecaman daripada orang ramai gara-gara sebuah hantaran di Platform X nya yang yang telah disalahertikan orang ramai.
Tidak terhenti disitu, Naim turut menerima komen berbaur ugutan bunuh yang membabitkan ibu bapanya di media sosial gara-gara isu tersebut.
Susulan itu, aktor tersebut telah membuat laporan polis dan suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Berita Trending: “Tiada Cadangan Tarik Report” - Naim Daniel

Berita Trending: Bersuara Isu Blockout 2024, Naim Daniel Kecewa Terima Komen Negatif
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

gempak
08/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah membidas tindakan sesetengah warganet yang bertindak mempertahankan isu Abang Bas yang tular baru-baru ini.
Hiburan

Reedzwann Dedah Perbualan & Foto Terakhir Bersama Rakan Yang Maut Dalam Kemalangan – “Telinga Masih Terngiang Suara”

gempak
08/09/2024
05:55 MYT
Penyanyi dan komposer, Reedzwann tampil mendedahkan perbualan terakhirnya bersama rakan yang maut akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan, Trolak, Tanjung Malim pada Sabtu.
Hiburan

Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

gempak
04/09/2024
06:55 MYT
Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Dedah Punca Menangis Di TikTok Live – “Andai Kata Bukan Rezeki Saya…”

gempak
02/09/2024
13:55 MYT
Peserta Syamel Amzah mendedahkan punca dia menangis ketika sesi siaran langsung (Live) di TikTok baru-baru ini.
Hiburan

Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung Berjaya, Rasa Lebih Yakin Depan Kamera

gempak
01/09/2024
05:52 MYT
Pelakon sensasi Zarina Anjoulie menzahirkan rasa gembira apabila proses pembedahan hidung yang dilakukan berjalan dengan lancar.