,
Laman Utama

Naim Daniel Cabar Diri, Main Dua Watak Dalam Amshar Bukan Asha

Mya Amri
08/07/2022
13:00 MYT
Pelakon Naim Daniel menampilkan sisi hebatnya dengan melakonkan dua watak berbeza dalam telemovie terkini Astro Ria berjudul Amshar Bukan Asha.
Telemovie ini mengetengahkan kisah kerelaan hati seorang anak untuk menuruti kemahuan ibu tersayang, namun hilang pendirian hidup yang diimpikan.
Telemovie terbitan I Fabulous Art Media & Event Sdn Bhd ini juga sarat dengan emosi dan tangisan yang mampu meruntun hati penonton tentang kasih sayang seorang anak kepada ibunya.
Pengarahnya Eyra Rahman berkata, setiap yang diterjemahkan dalam telemovie ini mempunyai jiwanya tersendiri kerana ia merupakan karya tentang perasaan dan pengorbanan.
“Setiap cerita yang mempunyai watak utama berkisahkan ibu dan anak pasti akan memberi sedikit tangisan kepada kita semua.
“Amshar Bukan Asha merupakan sebuah telemovie yang penuh dengan emosi dan jalan cerita yang mampu membuat penonton tidak henti mengalirkan air mata.
“Seperti saya sendiri, setiap manusia diasuh oleh ibunya. Itulah yang membuatkan ikatan anak dan ibu sangat berharga.
“Namun, penceritaan ini memaparkan kisah anak yang tidak menyukai cara asuhan ibu mereka. Tambahan pula dengan kisah di sebalik cerita masing-masing.
“Saya pasti penonton akan terikut dengan telemovie ini pada setiap saatnya. Selain itu, barisan pelakon dalam telemovie kali ini semuanya berbakat.
“Saya berharap telemovie ini dapat menghasilkan keyakinan pada diri semua penonton untuk menyuarakan kehendak diri masing-masing,” katanya.
Amshar Bukan Asha dibintangi oleh merupakan Naim Daniel, Farah Ahmad, Syazwan Zulkifly, Haidar Hasanudin, Emma Sofea, Sahronizam Noor dan Raff Roslee.
Telemovie ini akan ditayangkan pada hari Ahad, 10 Julai 2022, jam 10.00 pagi secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).
Amshar Bukan Asha juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel.
Sinopsis:
Amshar Bukan Asha mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja yang diberi nama timangan Asha.
Asmah, ibu kepada Asha amat menyayanginya dan sejak kecil Asmah lebih senang melihat anaknya berperwatakan lembut dan sopan.
Setiap pemakaian anaknya ditentukan mengikut kemahuannya dari hujung rambut ke hujung kaki. Asha hanya menuruti sahaja permintaan ibunya.
Walaupun mengharungi pelbagai liku kehidupan, Asha tetap tabah menjadi dirinya dan menjaga hati ibunya sebaik mungkin kerana dia amat menyayanginya.
Namun, perwatakan lembut Asha itu bukanlah dirinya yang sebenar. Asha berperwatakan lembut seperti itu kerana diasuh ibunya sejak kecil lagi atas kebencian ibunya terhadap lelaki kerana pernah menjadi mangsa dera suaminya, iaitu ayah kepada Asha.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kaharkaplahighcouncil

Kahar Kapla High Council

gempak
11/06/2024
12:58 MYT
Jom! Jom! Jangan tunggu last minute untuk korang join Peraduan Lesen High Council
the-hardest-singing-show

THSS: Raih Posisi Juara Minggu Ke-5, Aepul Roza Dedah Persembahan Terinspirasi Daripada Naim Daniel

gempak
10/06/2024
12:55 MYT
Penyanyi, Aepul Roza mengakui persembahannya pada minggu kelima konsert The Hardest Singing Show (THSS) diinspirasikan daripada persembahan penyanyi Naim Daniel ketika di Anugerah Juara Lagu Ke-34.
Hiburan

Solidariti Artis Untuk Program Malaysia4Palestin

gempak
25/05/2024
06:55 MYT
Penyanyi Naim Daniel menganggap program Malaysia4Palestin merupakan satu inisiatif untuk selebriti memberi sumbangan dari segi tenaga kerja selain sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
Hiburan

Ada Yang Masih Ragu-Ragu Naim Daniel & Sissy Iman Sepupu, Ini Jawapan Tuan Punya Badan

gempak
21/05/2024
11:50 MYT
Biarpun penyanyi, Naim Daniel sebelum ini sudah memaklumkan bahawa dirinya dan Sissy Imann merupakan sepupu, namun masih ada lagi yang ragu-ragu dengan status tersebut.
Hiburan

“Jangan Bersifat Personal, Sekarangkan Dah Bergaduh Sesama Bangsa, Ugut Sana Sini” - Scha Al-Yahya

gempak
16/05/2024
04:55 MYT
Pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya meluahkan rasa terkilan dengan tindakan segelintir netizen yang melemparkan kata-kata negatif dan ugutan terhadap selebriti disebabkan gerakan Blockout 2024.