,
Laman Utama

Naib Juara Dewi Remaja 2022 'Tumbang' Di Backstage - "Saya Memang Ada Masalah Kekurangan..."

Shahrin Zulkifle
04/09/2022
04:00 MYT
Naib Juara program Dewi Remaja 2022, Bee Aishah mendedahkan penyakit talasemia yang dihidapinya sejak usia tiga tahun menjadi punca dia ‘tumbang’ ketika di belakang pentas sewaktu acara kemuncak program itu sedang berlangsung malam tadi.
Jelas Bee atau nama asalnya Siti Nur Aishah Bee Mohd Nor, 22, penyakit tersebut menyebabkan dia kekurangan oksigen dalam badan sehingga terpaksa mendapatkan bantuan paramedik.
“Sebenarnya sewaktu latihan lagi saya dah kekurangan oksigen, tapi saya sudah pun dapatkan oksigen dengan bantuan paramedik sebelum mulakan pentas akhir.
“Tetapi tidak sangka, selepas segmen satu berakhir saya pengsan sekejap sebab kekurangan oksigen sekali lagi.
“Namun faktor utama saya kekurangan oksigen adalah disebabkan saya memang ada hidap penyakit Talasemia Major (penyakit genetik sel darah merah) sejak saya tiga tahun lagi.
“Saya perlu melakukan transfusi darah (proses penerimaa darah dalam badan) setiap sekali dalam sebulan.
“Mungkin disebabkan bacaan darah yang rendah itulah punca sebenar saya pengsan di belakang pentas,” ujarnya usai acara kemuncak yang berlangsung semalam.
Jelas Bee lagi, bacaan darahnya menurun dengan cepat berkemungkinan disebakan jadual yang disusun untuk minggu akhir telalu padat dengan aktiviti yang sudah dirancang pihak produksi.
“Sepatutnya waktu begini keadaan saya masih baik dan tidak perlu lagi untuk melakukan transfusi darah, namun mungkin disebabkan beberapa minggu menuju pentas akhir saya semakin sibuk dengan tugasan yang diberikan sehingga menyebabkan bacaan darah itu cepat menurun.
“Jadi selepas ini saya akan lebih fokus dengan kesihatan saya, kalau turun sahaja bacaan darah saya akan cepat-cepat pergi hospital,” tambahnya.
Bee sekadar memperoleh tempat kedua selepas tewas kepada Tracie Sinidol yang dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2022.
Menerusi kemenangan Tracie yang turut dinobatkan sebagai pemenang Dewi Favourite berjaya membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM10,000 berserta trofi dan sebentuk tiara.
Acara kemuncak Dewi Remaja 2022 yang berlangsung di Dewan Sri Putra pada Sabtu telah dihoskan oleh Fikri Ibrahim.
BACA: Gadis Sabah, Tarcie Sinidol Dinobatkan Juara Dewi Remaja 2022!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Rapper Fatman Scoop Meninggal Dunia, Pengsan Waktu Persembahan

gempak
01/09/2024
05:11 MYT
Rapper terkenal dari Amerika Syarikat, Fatman Scoop dilaporkan meninggal dunia sewaktu membuat konsert percuma di Connecticut hujung minggu ini.
Hiburan

Rebah Semasa Buat Persembahan, Vokalis Kumpulan Rock Dalam Keadaan Stabil

gempak
17/08/2024
06:55 MYT
Vokalis kumpulan rock, The Changcuters, Tria, baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila dirinya tiba-tiba rebah semasa persembahan yang berlangsung di Ecovention & Ecopark Ancol, Jakarta, pada 9 Ogos lalu.
Hiburan

Dayana Roza Dikejarkan Ke Hospital, Pengsan Akibat Dirempuh Ketika Selamatkan Anak Dari Slide Air -“Impact Kuat, Kepala Koyak, Darah Meleleh Non Stop”

gempak
10/08/2024
02:50 MYT
Pelakon, Dayana Roza berdepan detik cemas apabila dia dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Mersing, Johor selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Viral

Doktor Kerja Sampai Pengsan, Titip Nota Mohon Maaf - “Kami Juga Manusia..”

gempak
16/05/2024
03:55 MYT
Sebuah hantaran yang memaparkan gambar papan putih dipercayai berasal daripada sebuah hospital tular baru-baru ini.
Berita

Peserta Loteri Pengsan Di Kaca TV Lepas Diumum Menang RM4.59 Juta

gempak
05/01/2024
15:55 MYT
Seorang wanita pengsan selepas diumumkan sebagai pemenang loteri Powerball First Millionaire of the Year Drawing yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen