,
Viral

Nahas Helikopter Lumut: Hajat Naik Helikopter Tercapai, Namun Berakhir Tragedi

Gempak
24/04/2024
04:12 MYT
Salah seorang waris mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Lumut mendedahkan anak saudaranya memang berhajat untuk menaiki helikopter sebelum pencen.
Allahyarham Nurfarahimi Mohd Saedy, 41, dipercayai akan pencen dalam tempoh terdekat dan mahu menaiki helikopter kerana tidak pernah berbuat demikian sepanjang berkhidmat.
“Arwah bagi tahu sebelum dia pencen, dia teringin nak naik helikopter. Sepanjang kerjaya, ini kali ketiga dia naik (helikopter) itu pun selama tiga hari disebabkan terbabit dalam latihan raptai."
Demikian kata Laila Fairus Ismail, 58, ibu saudara kepada Nurfarahimi, lapor Harian Metro.

BERITA TRENDING: Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur

Menurutnya, pada Aidilfitri lalu, arwah antara orang yang paling ceria dan memaklumkan kepada saudara-mara yang dia akan pencen tidak lama lagi dan akan menetap dengan suaminya di Kuantan serta tidak akan tinggal lagi di Lumut.
"Arwah seorang yang mudah happy dan pada hari raya (lalu), dia memaklumkan akan pencen, kalau tak salah pada Jun ini.

PILIHAN PEMBACA: Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”

Dia juga ada memaklumkan sebelum ini yang dia tak pernah naik helikopter dan teringin nak merasainya sebelum berpencen nanti.
Namun tak disangka kejadian seumpama itu berlaku," katanya ditemui media di Banggol Jas, Sungai Bayor, Selama.
Menurutnya, arwah yang juga seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kuantan, Pahang, sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak berusia 16,12 dan lapan tahun.
Tambahnya lagi, dia dimaklumkan ahli keluarga, jenazah arwah dalam keadaan sempurna dan hanya terdapat kecederaan pada bahagian kepala sahaja.
Sementara itu, kakak sulung mangsa, Nurlaida Mohd Saedy,55, berkata, arwah adiknya juga sempat membuat rakaman video pemandangan dari atas helikopter ketika berlepas dan menghantarnya ke aplikasi WhatsApp keluarga.
"Dia anak keempat daripada lima beradik.
"Sepanjang kariernya, arwah sering menghantar gambar dan video-videonya terus kepada saya dan jarang berahsia.
"Malah pagi hari kejadian, dia sempat menghantar (gambar) pemandangan dari udara sebelum tragedi itu," katanya.
Tambahnya lagi, arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Damak, Sungai Bayor, Selama, selepas selesai urusan bedah siasat, hari ini atas permintaan suami adiknya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.