,
Berita

Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur

Gempak
23/04/2024
14:50 MYT
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.

BERITA TRENDING: Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban

Allahyarham yang dimaksudkan adalah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pegawai Waran II Mohd Shahrizan Mohd Termizi, 41.
Menurut bapanya, Mohd Termizi Abdul Ghani, 68, dia melihat anak sulungnya sewaktu melakukan pengecaman terhadap jenazah mangsa.
“Ketika membuat pengecaman anak sulung tadi saya lihat wajahnya tenang seakan seperti sedang tidur. Saya buat dua kali pengecaman. Arwah cedera di kaki dan tangan.
“Saya reda dengan kejadian itu dan dia pergi ketika berkhidmat kepada negara," kata Mohd Termizi Abdul Ghani seperti dilaporkan Harian Metro.

PILIHAN PEMBACA: Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut

Menurutnya, dia dimaklumkan kejadiaan menimpa anak sulung daripada tujuh beradik itu daripada seorang anaknya pada 10 pagi tadi ketika berada di Ipoh atas urusan kerja.
"Ketika dapat berita itu saya sangka pesawat dinaiki Along (Mohd Shahrizan) hanya terhempas ringan dan terus pulang ke Lumut dan tak berhenti berdoa dia selamat.
"Dalam perjalanan itu saya dapat banyak panggilan telefon sebelum dimaklumkan yang anak sudah tiada. Memang sedih namun saya reda dengan kejadian itu apatah lagi anak 'pergi' ketika berkhidmat kepada negara.
Mohd Shahrizan adalah antara tiga kru pesawat Fennec yang terbabit nahas dengan sebuah lagi aset TLDM iaitu HOM-AW139 yang dinaiki tujuh anggota.

PILIHAN PEMBACA: Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.