,
Viral

“Nafkah Anak Tak Bagi Walaupun RM350, Dengan Alasan Sebab Ex Dah Kahwin” - Ubai

Gempak
28/04/2024
01:55 MYT
Suami kepada Shila Amzah, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai berkongsi satu hantaran mengenai nafkah anak di platform X.
Menerusi hantaran tersebut, Ubai yang tidak menyebut sebarang nama berkongsi tentang hal-hal culas pembayaran nafkah, lebih-lebih lagi jika bekas isteri telah berkahwin lain.

Tanggungjawab

“Nafkah anak tak bagi walaupun RM350, dengan alasan sebab ex dah kahwin. So tanggungjawab anak dah pindah ke suaminya.
“Bila suami ex bagi nafkah kat anak kau, kau cakap tu semua duit ex kau, bukan duit suaminya. Sebab suaminya tak kaya.
“Hahahahahahaha biawak hidup ni kang,” tulis Ubai.
Selain itu, Ubai turut mendedahkan beberapa insiden lain yang ada kena mengena dengan isu culas bayar nafkah anak seperti yang dinyatakan pada hantaran pertama.
“Daripada kahwin sampai cerai satu haram pun tak bagi. Anak minta kasut pun tak bagi-bagi sampai sekarang. Dulu pun ex tanggung dari makan, minum, kenderaan dan tempat tinggal. Bil hospital beranak pun langsung kau tak ambil peduli.
“Eh geram pulak aku,” katanya.
Untuk rekod, Ubai mendirikan rumah tangga bersama Shila pada 5 Ogos 2023 selepas penyanyi itu berpisah dengan bekas suami, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
Sumber: Platform X

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Pilih HUKM Untuk Bersalin - “Ikutkan Saya Nak Ke Hospital Swasta Lain Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ubai Berdebar Tunggu Kelahiran Anak Sulung - "Banyak Yang Saya Belajar Daripada ..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

gempak
16/09/2024
00:50 MYT
Menerusi video yang dikongsikan penyanyi tersebut,rata-rata peminat memuji nyanyian bersahaja Shila yang mendendangkan lagu To Love You More nyanyian asal Celine Dion.
Hiburan

Kembali Gegarkan China, Shila Amzah Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak – “Akhirnya Saya Buat Ini Untuk Keluarga Saya..."

gempak
13/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengakui terpaksa berkorban masa dengan keluarga apabila kembali menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian di China iaitu 'Singing With Legends' musim keenam.
Hiburan

Syada Rindu Shila, Jelas Status Hubungan Keluarga Terkini - "Kami Tak Bercakaran, Tapi…"

gempak
21/08/2024
07:55 MYT
Penyanyi Syada Amzah tampil memberi respons susulan dia memuat naik sebuah video penghargaan kepada kakaknya yang juga penyanyi, Shila Amzah sempena ulang tahun kelahiran Shila baru-baru ini.
Viral

Ada 24 Anak Dari 3 Isteri, Rumah Lengkap Masjid, Lelaki Ini Habiskan RM85,000 Sebulan Untuk Nafkah

gempak
20/08/2024
09:55 MYT
Seorang lelaki di Indonesia menjadi tular selepas mengaku punya tiga isteri. orang lelaki di Indonesia menjadi tular selepas mengaku punya tiga isteri. Memiliki tiga isteri mungkin bukan satu hal luar biasa namun Umar Kei menyita perhatian ramai apabila mendedahkan punya 24 anak hasil polimagi.
Hiburan

Luah Rasa Sayang, Ibu Titip Doa Untuk Shila Amzah Sempena Hari Lahir - “Serta Umur Yang Menjadi Kesempatan Untuk Rajin Beribadah…”

gempak
14/08/2024
08:25 MYT
Perkongsian ibu kepada Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman yang memberi ucapan hari lahir buat penyanyi itu di Instagram pada Selasa menarik perhatian netizen.