gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kisah Termakan Daging Khinzir, Syasya Rizal; "Saya Mengaku Salah Saya, Tapi Tudung Tak Ada Kena Mengena..."
HIBURAN
AC Mizal Ucap Terima Kasih Pada Ajai, Mohon Netizen Jangan Salah Faham - “Tiada Sakit Hati, Kami Masih Baik”
HIBURAN
"Rasa Macam Disula ..." - Fizie Tak Malu Mengaku Derita Buasir, Kini Jadi Duta Produk Usus
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Nafi Bakal 'Naik Pelamin', Chacha Maembong Tak Mahu Tergesa-Gesa Soal Jodoh - “Saya Tak Berani Nak…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
12/07/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Nafi Bakal 'Naik Pelamin', Chacha Maembong Tak Mahu Tergesa-Gesa Soal Jodoh - “Saya Tak Berani Nak…”

Pelakon, Chacha Maembong memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Jelasnya, jika hari bahagia itu sudah tiba dia sendiri yang akan mengumumkannya dan tidak akan menyimpan rahsia kepada umum.
“No komen, saya tak berani nak cakap lebih-lebih. Dari pihak saya memang tiada keluar apa-apa statement jadi saya rasa tidak kot.
“Jadi saya rasa tidak, kalau ada jodoh adalah. Nak kata merancang tu belum lagi, doa yang terbaik untuk saya. Saya pun tak nak berahsia sebab benda baik kenapa nak sorok tapi kalau bukan dari mulut saya, jadi saya tak nak komen apa-apa,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelakon berusia 29 tahun itu mengakui ada perasaan bimbang mengenai masa depan terutama apabila melihat rakan-rakan dan ahli keluarga lain sudah mendirikan rumah tangga.Bagaimanpun, dia menegaskan bahawa jika berkahwin kelak, dia mahu ikatan itu menjadi yang pertama dan terakhir dalam hidupnya.
“Saya umur 29 nak masuk 30 siapa je yang tak takut,sebagai seorang perempuan dan pekerjaan saya begini ada juga terfikir bila nak ada anak, bila nak kahwin. Memang ada fikir tapi belum ada jodoh lagi. Saya pun kalau nak kahwin, saya nak first and last jadi saya kena plan betul-betul sebab ini adalah untuk masa depan.
“Memang ada terfikir saya ni dah left out ke sebab kawan-kawan semua dah kahwin even keluarga saya semua dah berkahwin saya je belum. Saya rasa bukan rezeki, kalau ada doa-doakan saya,” tambahnya.
Chacha ditemui Gempak ketika menghadiri majlis sidang media drama Mandul Bukan Pilihan dan Thariq Ridzuwan: His Treasure baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#ChaCha Maembong
#Jodoh
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement