,
Laman Utama

Nadzmi Adhwa Cuba Ikhlaskan Hati Beri Sumbangan, Terkejut Isteri Pernah Hulur RM10,000 Bantu Orang Susah - "Dia Tak Berkira Soal Duit"

Amri Hassan
13/06/2022
04:51 MYT
Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan isterinya yang juga pelakon, Ardell Aryana pernah menghulurkan sumbangan RM10,000 untuk membantu keluarga mangsa banjir tahun lalu.
Nadzmi menjelaskan RM10,000 itu dibahagikan kepada RM5,000 pakaian serta barang keperluan dan sebahagiannya lagi untuk pembelajaan mereka sekeluarga.
Kata Nadzmi, sikap tidak berkira-kira isterinya itu membuatkan hatinya lebih terbuka dan cuba belajar untuk mengikhlaskan diri untuk memberikan sumbangan kepada pihak yang memerlukan.
Malah, Nadzmi akui pernah menghabiskan RM30,000 untuk misi bantuan mangsa banjir sekali gus percaya pada aturan rezeki daripada Allah.
"Isteri saya ini, kalau nampak orang susah dia mesti akan terus bantu. Dia pernah habiskan RM10,000 untuk bantu keluarga miskin… dia memang tak berkira soal duit.
"Macam saya, akan fikir terlalu banyak duit itu, tapi berbeza dengan dia. Isteri saya punya ikhlas boleh beri banyak itu, kalau saya ikhlas hanya RM500 saja.
"Tapi kami percaya pada rezeki, sebagai contoh, kami pernah habiskan RM30,000 untuk bantu mangsa banjir. Sehari selepas itu, kami dapat semula jumlah duit itu," katanya kepada Gempak.
Nadzmi, 29, ditemui ketika sidang media Misi Kemanusian Afrika di Red Card Cafe, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.
Seramai tujuh orang ikon popular termasuk Nadzmi bakal terbang ke Tanzania, Afrika Timur bermula 6 Julai sehingga 19 Julai bagi menyertai misi kemanusiaan anjuran Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia atau Impactive Malaysia (IM).
Misi kemanusiaan yang memberikan fokus kepada pembangunan pendidikan dan ekonomi itu merupakan kunjungan kedua IM ke Afrika selepas lima tahun.
Selain Nadzmi, enam ikon yang akan turut serta terdiri daripada barisan selebriti, personaliti TV, usahawan dan bintang sosial media iaitu Hazeman Huzir, Farah Lee, Akhi Fairuz, Que Yahaya, Nazirul dan Aiman Hakim dari Isosynergy Holdings Sdn Bhd.
Sumbangan dana dan berinfak bagi menyokong Misi Kemanusiaan Afrika boleh disalurkan ke impactivemy.onpay.my/order/form/13 atau impactivemy.onpay.my/order/form/media4afrika.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar