,
Laman Utama

Nadia Brian Menangis Bila Tahu Peminat Setia Meninggal Dunia - “Sebak Sangat Rasa”

Asyikin Mayudin
15/09/2023
04:55 MYT
Pelakon Nadia Brian tidak dapat menahan air mata daripada mengalir apabila mendapat khabar berita salah seorang peminat setianya yang dikenali sebagai Taufiq telah meninggal dunia.
Menerusi hantaran di Instagram Stories (IG Story), Nadia meminta orang ramai untuk menghadiahkan al-Fatihah kepada arwah peminatnya itu.
"Sedekah kan al-Fatihah kepada adik Taufiq. Peminat tersayang saya. Sebak sangat rasa. Saya sentiasa dapat jumpa dengan orang yang sayang dekat saya.
"Pesanan untuk diri sendiri, hidup jangan sombong, berbuat baik lah sesama manusia," tulisnya.
Nadia turut memuat naik tangkapan skrin layar mesej yang diterima daripada kakak arwah yang memaklumkan mengenai berita kematian tersebut.
Arwah yang juga seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) dilaporkan telah meninggal dunia pada 1 September lalu.
Dalam pada itu, kakak arwah berkata adiknya itu masih menyimpan beberapa hadiah dan wang tunai yang pernah diberikan aktres tersebut.
Menurutnya, wang yang diterima ingin digunakan untuk menunaikan Haji.
"Terima kasih yang pernah gembirakan adik saya. Dia seronok dapat jumpa akak (Nadia). Dapat hadiah dan terima kasih bagi dia duit RM50.
"Adik kata dia nak simpan duit untuk pergi Haji. Tapi tak kesampaian. Insya-Allah doakan ibu ayah saya dapat pergi Haji dan buatkan Badal Haji untuk adik saya. Terima kasih Nadia Brian," katanya.
Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, Nadia dilihat menangis di dalam kereta kerana tidak dapat menahan sebak.
BACA SINI: Hasrat Nadia Brian Mahu Suami Kuat Agama Jadi ‘Content’ Netizen - “Sampai Call Ustaz Di Mekah, Tapi Saya Anggap Dia…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Rimas Dengan Soalan Jodoh, Nadia Brian Dapat Banyak Mesej Lelaki Nak Kenal - “Saya Tak Tahulah Siapa Boleh Bersama Dengan…”

gempak
07/09/2024
06:55 MYT
Selagi masih memegang status ‘single’, pelakon Nadia Brian mengakui dia tidak berasa rimas mahupun penat dengan pertanyaan berkaitan jodoh.
Hiburan

Nadia Brian Sebak Dengar Penjelasan Ustaz Izhar Nazri Mengenai Kemaafan - “Allah Minta Kita Untuk Memaafkan Tapi…”

gempak
19/03/2024
04:55 MYT
Menitis air mata Nadia dengar penjelasan ustaz.
Laman Utama

Hadir Perhimpunan Solidariti, Ramai Suka Tengok Nadia Brian Bertudung Labuh - “Cantiknya Pakai Macam Ni, Semoga Berterusan”

gempak
29/10/2023
11:55 MYT
Cantiknya Nadia.
Laman Utama

“Saya Tak Mahu Jadi Penyondol Atau Disondol” - Nadia Brian

gempak
25/10/2023
08:55 MYT
Nadia masih mencari calon pasangannya.
Laman Utama

#GMW: Dolla Jawab Kenapa Berimej Seksi, Nadia Brian Pilih Calon Suami Ustaz Sebab Tak Nak Masuk Neraka?

gempak
16/08/2023
08:47 MYT
Apa cerita Dolla dan Nadia Brian?