,
Hiburan

Nadhir Nasar Simpan Impian, Mahu Arahkan Filem Box Office

Umirah Halim
14/08/2024
09:55 MYT

Pelakon, Nadhir Nasar mengakui kerjayanya dalam bidang seni sebagai pelakon masih belum cukup untuk memuaskan hatinya berada dalam industri seni hiburan.

Mahu fokus berlakon dahulu

Bercakap mengenai hala tuku karier, Nadhir yang kini turut aktif mengarahkan beberapa karya seperti muzik video dan filem pendek mendedahkan dia mempunyai sasaran untuk mengarahkan filem pecah panggung pada masa akan datang.

Namun, buat masa ini sebolehnya mahu fokus dalam bidang lakonan terlebih dahulu.

“Sekarang ini saya sudah arahkan beberapa naskhah seperti filem pendek, muzik video tetapi saya tak bersedia lagi lah untuk filem.

“Saya akan ke arah itu tetapi bukan sekarang sebab permintaan untuk saya berada di hadapan kamera masih tinggi jadi kalau nak fokus 100 peratus di belakang tabir itu adalah rugi untuk saya.

“Saya ada latar belakang dalam broadcasting, sebelum ini pun saya bekerja sebagai audio men jadi saya memang bekerja sebagai krew.

"Matlamat utama saya adalah untuk arahkan filem dan berlakon dalam filem yang box office,” kongsinya ketika ditemui di sidang media drama Dari Mata Turun Ke Hati dan Kelas Tahanan Cikgu Haragi.

BERITA TRENDING: Astro Tampilkan Drama Adaptasi Jepun Pertama Drama Turun Ke Hati & Kelas Tahanan Cikgu Hiragi
BERITA TRENDING: Terpaksa Berjalan Tepi Makhluk Berselubung Kain Batik Waktu Senja, Nadhir Nasar Kongsi Kisah-Kisah Seram Di Universiti
BERITA TRENDING: "Macam Tengok Adik Beradik Membesar" - Hariz Hamdan Tumpang Gembira Lihat Meerqeen & Nadhir Nasar Berjaya
BERITA TRENDING: Dikecam Gara-Gara Promosi Produk Dikaitkan Dengan Israel, Ini Kenyataan Nadhir Nasar

Sementara itu, Nadhir turut meletakkan dua nama iaitu Syafiq Yusof dan Syamsul Yusof sebagai idola kerana kagum dengan kemampuan mereka yang bekerja di belakang tabir selaku penerbit dan pengarah filem.

“My role model seperti Syafiq Yusof, Syamsul Yusof. Tapi buat masa sekarang memang saya tengah seronok berlakon jadi saya bahagikan masa bila saya nak mengarah dan bila saya nak berlakon,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, sebelum ini Nadhir pernah menjadi pengarah bagi muzik video Malam Pagi (Saixse), My Home Is In Your Arms (Daiyan Trisha) dan filem pendek Bulan Bintang.

Sekadar info, drama ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ bakal ditayangkan pada 25 September 2024 di Astro Ria (saluran 104), destinasi penggemar drama dengan naratif yang unik serta mencabar.

Barisan pelakon turut menampilkan gandingan bakat-bakat daripada rancangan pencarian Astro termasuk Nadhir Nasar, Arabella, Evertts Gomes, Azri Safix, Qistina Rania, Arena Lieya dan ramai lagi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”

gempak
17/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Meerqeen akui sedih apabila pernah dipandang remeh oleh guru dan rakan-rakannya apabila hasrat dan impian nya dianggap terlalu tinggi untuk dicapai.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.