,
Laman Utama

Nad Zainal Tak Nak Kusutkan Otak, Kawan Dengan Semua!

Izwan Isa
24/08/2023
23:50 MYT
Sungguhpun namanya sedang panas dek komen-komen rakan selebriti dan juga netizen, namun, pelakon Nad Zainal mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang respons terhadap situasi berkenaan.
Selepas memberikan kenyataan mengenai dakwaan hubungan persahabatannya dengan rakan selebriti telah renggang, Nad dilihat mengambil pendekatan berdiam diri, terutama di media sosial.
Sungguhpun begitu, pelakon yang baru mendirikan tangga bersama aktor Ungku Ismail itu ada membalas komen seorang pengikut di ruangan komen di Instagram.
Terdahulu, Nabila Huda mendapat perhatian netizen apabila meninggalkan komen tidak mengenali Nad dalam sebuah hantaran Instagram memaparkan temu bual isteri Ungku Ismail itu bersama pihak media.
Dalam temu bual tersebut, Nad memberitahu enggan mengambil kisah dengan isu remeh seperti pergaduhan dalam persahabatan.
Nabila menerusi temu bual bersama Gempak menegaskan dia sememangnya tidak mengenali individu bernama Nad Zainal dan menunjukkan bukti bahawa akaun Instagramnya telah disekat (block) oleh aktres itu.
Spekulasi bermasam muka antara Nad dan sahabatnya itu mula bertebaran selepas aktres itu pulih daripada koma akibat pendarahan dalam paru-paru sebelum mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ungku Ismail pada Januari lalu.
Sebelum ini, Sherry pernah memberitahu dia dan Nad sudah lama tidak berhubung namun masih menyayangi aktres itu seperti adiknya.
BACA: Sherry Alhadad Akui ‘Lost Contact’ Sejak Nad Zainal Kahwin - “Saya Sayang & Masih Anggap Dia Adik”
BACA: “Nad Zainal? Siapa Tu Pelakon Ke?”- Nabila Huda Pelik Tak Kenal Tapi IG Kena Block
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Ernie Zakri Sakit Perut Sebelum Main Bola Jaring Dengan Sherry Alhadad Gara-Gara….

gempak
19/09/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad & Che Ta Belajar Main Skuasy Sampai Bola ‘Melekat’ Pada Kepala Abang Cameraman

gempak
12/09/2024
13:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Struggle, Tak Rasa Kaki Belajar Sukan Lawan Pedang

gempak
05/09/2024
12:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Belajar Silat Dengan Atlet Kebangsaan, Siap Panjat Tali & Berguling Depan Juri

gempak
29/08/2024
10:25 MYT