,
Laman Utama

Nad Zainal Hargai Pengorbanan Ungku Ismail - "Dia Individu Paling Rapat ..."

Amri Hassan
24/12/2022
16:55 MYT
Pelakon Nad Zainal menghargai pengorbanan dan segala usaha yang dicurahkan Ungku Ismail sepanjang tempoh sebulan menerima rawatan akibat pendarahan paru-paru.
BACA: Paru-Paru Berdarah, Ungku Ismail Dedah Nad Zainal Terpaksa Lalui Prosedur Intubasi
BACA: Keadaan Nad Zainal Kritikal, Ungku Ismail Mohon Doa
BACA: "Pendarahan On Off, Disyaki Alami Autoimun" - Ungku Ismail Update Keadaan Nad Zainal
Jelas Nad dalam sesi siaran langsung TikTok pada Sabtu, Ungku Ismail antara individu paling banyak membantu dan menjawab segala spekulasi melibatkan dirinya.
"Pada waktu ini, dia individu yang rapat dengan saya. Saya sangat menghargai insan bernama Ungku Ismail Aziz.
"Dia banyak membantu beri semangat dan menjawab segala spekulasi. Itu sajalah. Saya tak nak jawab lagi," katanya.
Bagi Nad, Ungku Ismail adalah insan terbaik untuk menjelaskan situasi sebenar kepada orang ramai memandangkan kedua-dua ibu bapanya melalui fasa yang tertekan.
"Waktu itu waktu genting, papa mama pun diasak pelbagai soalan dari semua pihak mengenai status kesihatan saya. Keadaan itu sangat stress.
"Untuk penjelasan lebih tepat pada waktu itu, rasanya Ungku Ismail dapat menjelaskan keadaan itu lebih terperinci. Pada waktu itu pun, papa ada memberikan laluan untuk menjawab persoalan yang timbul.
"Saya rasa tiada masalah untuk cuba Ungku Ismail tampil ke depan dan menjelaskan tentang situasi yang berlaku.
"Saya tak pernah ada masalah kalau Ungku Ismail kedepan. Untuk info lebih lanjut saya rasa tak perlu tahu lebih-lebih sebab saya pun tak bersedia untuk kongsikan apa-apa.
"Cumanya saya gembira, keberadaan dia dapat menjelaskan keadaan saya yang waktu itu tak berupaya untuk bercakap. Keluarga saya pun stress.
"Jadi, saya nak ucapkan terima kasih kat you. Bila berlaku keadaan begini, ada masanya perlu berhenti keadaan saya dah.
"Sebab papa mama tak nak orang terus berspekulasi dan memandai-mandai berspekulasi. Ada kata saya tenat dan macam-macam lagi," ceritanya.
Dalam pada itu, Nad memohon orang ramai agar menitipkan doa yang baik-baik dan menghentikan spekulasi yang tidak berasas.
Nad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Kuala Lumpur, sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Unitar