gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kongsi Foto Bersama, Fasha Sandha Anggap Sajat Hebat Sampai Siti Nurhaliza Sebut Nama Atas Pentas - “Kita Tak Layak Menghukum…”
HIBURAN
“Sweet La, Baru Jumpa Bapa Kawan Sekerja” - Fattah Amin Minta Ibu Komen Video TikTok Amira Othman
HIBURAN
Qistina Raisah Menangis Bukan Sebab Bunga, Kongsi Momen Disebalik Tangisan - “Ini Bukan Fasal Duit Tapi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Nabila Razali Kongsi Momen Lucu Jaga Anak - “Yang Ada Baby Boy Mesti Tahu, Kalau Nak Tukar Pampers…”

Mya Amri
Mya Amri
02/04/2025
12:50 MYT
Sponsor Banner
Nabila Razali Kongsi Momen Lucu Jaga Anak - “Yang Ada Baby Boy Mesti Tahu, Kalau Nak Tukar Pampers…”
Penyanyi, Nabila Razali berkongsi momen lucu ketika menjaga anak lelakinya yang digelar Baby M.

Momen lucu dengan Baby M

Menurut Nabila, kejadian itu sering berlaku apabila dia atau suaminya, Nik Iruwan Nik Izani mahu menukar lampin pakai buang anak kesayangan mereka.

“Momen lucu yang saya ingat adalah bila ada anak lelaki, saya rasa ibu bapa lain pun pasti tahu apa yang berlaku.“Kalau kita nak tukar lampin anak, tahukan apa jadi? Kami berdua, dua-dua pernah kena.

“Dah pernah kena yang kecil (pancutan air kecil), yang besar, tetapi setiap kali kena kami gelak sahaja. Bila terkenang balik memang lucu,” katanya kepada Gempak.

Baby M cepat membesar

Dalam pada itu, Nabila juga menyatakan rasa tidak percaya bahawa anaknya kini sudah berusia tiga bulan.
“Sekarang apa yang saya boleh katakan adalah dia cepat sangat membesar, pejam celik, pejam celik, tahu tahu sudah berusia tiga bulan.

“Alhamdulillah dah boleh ‘gugugaga’ (diagah), baby M juga sudah pandai bergurau jadi momen momen manis seperti itu yang saya akan ingat sampai bila-bila,” katanya.

Terdahulu, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Nabila Razali
#Baby boy
#Jaga Anak
#Momen Lucu
#Baby M
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement