,
Laman Utama

Nabila Razali Kini Isteri Nik Iruwan

Izwan Isa
18/11/2023
02:13 MYT
Penyanyi Nabila Razali, 31 selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi tadi.

BERITA TRENDING: “I Said Yes” - Nabila Razali Terima Lamaran Kekasih Hati, Nik Iruwan

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali telah selamat dinikahkan oleh Tok Kadi, Ustaz Fawwaz Zarin Che Lah dari Masjid Genting Highlands di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.
Dalam majlis yang bertemakan English Garden ini, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya.
Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat, selebriti dan juga pihak media. Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.
Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi

BERITA TRENDING: “Bila Sudah Bersedia Saya Akan Maklumkan” - Nabila Razali

Pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan Garden party formal yang berlangsung pada sebelah petang di tempat yang sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Stop Grooming Children! Stop Pedofile Bang**t” - Peguam Dedah Kisah Ada Pakcik Mahu Nikah Anak Buah Sendiri

gempak
12/09/2024
16:00 MYT
Seorang peguam berkongsi pengalamannya bertemu dengan individu yang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anak saudaranya sendiri.
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Terkini

Pengapit Lupa Jalan, Pengantin Wanita Drive Sendiri Kereta Pergi Menikah!

gempak
09/09/2024
07:55 MYT
Gelagat seorang pengantin wanita mengambil alih 'stereng' daripada rakannya yang juga pengapit mencuit hati netizen.
Hiburan

Lerai Spekulasi, Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri... Nikah Ogos Lalu

gempak
09/09/2024
07:14 MYT
Pelakon Jue Aziz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Ridwan pada 18 Ogos lalu.
Hiburan

Jeslina Hashim Kini Isteri Kepada Tunku Eddy Nasruan

gempak
10/08/2024
14:47 MYT
Penyanyi dan pelakon Jeslina Hashim selamat bergelar isteri kepada kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan.