HIBURAN
Elcah Beri Syada Amzah Amaran Terakhir, Minta Henti Sebar Fitnah - “Tak Teragak Nak Saman…”
Pempengaruh media sosial, Elcah memberi amaran terakhir kepada penyanyi, Syada Amzah agar berhenti mengganggu rumah tangga dan keluarganya.
Menerusi hantaran di Instagram, Elcah mendakwa Syada cuba menyebarkan fitnah mengenai keluarganya dengan menghubungi kenalan rapat.
“Last warning! Kepada Syada Amzah, berhenti daripada membuat panggilan kepada semua kawan-kawan aku untuk menyebarkan fitnah mengenai keluarga aku.
“Segala perbualan telefon kau telah direkod dan aku dah memiliki bukti yang sangat kukuh.
“Sekiranya kau teruskan, aku tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana nama baik keluarga aku sudah calar akibat perbuatan kau,” tulisnya.
Tambah Elcah lagi, dia tidak mahu Syada mencampuri urusan rumah tangganya.
“Kau tak perlu jaga tepi kain aku, pergilah cari kerja kalau kau bosan. Tapi jangan nak cerita fasal rumah tangga aku.
“Sebelum ini aku masih menjaga nama kau sebab menghormati mama Zie dan kak Sha (Shila Amzah). Tetapi kali ini, cukup,” tegasnya.
Terdahulu, nama Syada dikaitkan sebagai orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangga Elcah dan suaminya, Afi.
Penyanyi itu turut didakwa mengajak Elcah keluar ke kelab malam untuk menghilangkan bosan, namun tuduhan tersebut sudah dinafikan Elcah.Sumber: Instagram Elcah 

Wajah Muda, Tanpa Usia
Ingin kulit berseri, suami tidak jemu? Amalkan rutin harian sihat — hidrasi, pelindung matahari, dan nutrisi — agar wajah kekal muda dan bercahaya.
Kekal Muda Berseri!Must-Watch Video