Hiburan

Nabila Razali Gemuruh Sambut Bayi Sulung, Tetap Bekerja Meski Menghitung Hari – “Saya Cuba Berehat Tapi…”

gempak
Khairil Khusyairi
10/12/2024
21:50 MYT
Sponsor Banner
Nabila Razali Gemuruh Sambut Bayi Sulung, Tetap Bekerja Meski Menghitung Hari – “Saya Cuba Berehat Tapi…”
Penyanyi Nabila Razali memaklumkan dia kini menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata pertama.

Gemuruh Sambut Anak Pertama

Menurut Nabila, dia mengakui berasa gemuruh menantikan detik bermakna tersebut bersama suami tercinta, Nik Iruwan Nik Izani.
“Saya sebenarnya sedang menunggu minggu. Jangkaannya pada bulan Januari, lagi berminggu sahaja.

“Gementar juga, tapi sepanjang kehamilan ini prosesnya mudah saja, orang sekeliling banyak bantu,” kongsinya kepada Gempak.

Nabila ditemui pada majlis bersama media untuk single kolaborasi bersama penyanyi Bella Astillah iaitu CACACA di ibu kota pada Isnin.

Teruja Buat Persiapan

Ditanya mengenai keterujaan menjelang hari dinanti tersebut, Nabila berkongsi dia sudah selesai membuat persiapan dengan membeli-belah barangan bayi.

“Jujur saya katakan, saya baru saja selesai buat persiapan minggu lalu. Sebelum ini jadual saya padat dengan kerja.

“Saya cuba buat persiapan dengan membeli-belah semampu yang boleh. Sambil bekerja pun saya ada membeli-belah. Sempatlah shopping,” kongsinya lagi.

Tak Boleh Duduk Diam

Dalam pada itu, pelantun lagu Tangis itu turut berkongsi dia tidak bercadang untuk berehat sebelum melahirkan sebaliknya tetap terus bekerja.
“Cadangan untuk berehat itu sebenarnya bulan lepas, tapi saya cuba bulan lepas dengan kosongkan jadual namun tak boleh.

“Saya dah terbiasa bekerja, saya okey saja sampai tiba masanya nanti saya akan berehat sebelum melahirkan.

“Alhamdulillah, suami juga okey, dia ada pesan kerja elok-elok, jangan kerja lebih masa takut penat. Ia satu rezeki dapat suami yang memahami,” katanya.

Kembali Bekerja Ramadan Depan

Kongsi Nabila lagi, dia juga akan kembali bekerja selepas selesai tempoh berpantang dan pada bulan Ramadan tahun hadapan.
“Kalau ikut perancangan seperti tempoh normal bagi ibu berpantang.

“Kemudian pada bulan puasa saya terus mula bekerja kembali, Insya-Allah kalau tiada apa-apa.

“Saya tak tahu bagaimana nanti, orang kata bila jadi ibu ini lain, tetapi buat masa ini itulah perancangannya,” tutupnya.
Nabila dan Nik Iruwan selamat mendirikan rumah tangga pada 18 November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah Sarat Mengandung Pun 'Power', Netizen Puji Nyanyian Nabila Razali - “Ni Lagi Better Daripada...”

ARTIKEL BERKAITAN: Letup Belon Majlis Gender Reveal, Nabila Razali & Suami Bakal Timang Anak Lelaki!

ARTIKEL BERKAITAN: Dijangka Bersalin Januari Depan, Nabila Razali Tak Alami Alahan Teruk - "Cuma Saya Ada Mengidam Nak Makan..."

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak Berseri-Seri, Peminat Teka Jantina Anak Sulung Nabila Razali - “Tengok Perut Tu Macam…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024