HIBURAN
Nabila Razali Dah Mula Rasa ‘Sindrom Mak Mak’ - “Keluar Kerja Pun Nak Balik Cepat Jumpa Anak, Bila Tinggal Sekejap Sedih”
Pelakon, Nabila Razali akui menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan juga wanita bekerjaya bukanlah satu perkara yang mudah.
Tanggungjawab sebagai ibu tak mudah
Menurut Nabila, walaupun mempunyai pembantu namun sebagai sebagai seorang ibu, dia sendiri lebih selesa untuk menguruskan anaknya, Baby M, sendiri“Kami bersyukur kerana dikurniakan Baby M dalam kehidupan kami berdua. Walaupun Keluarga kami ini kecil tetapi sudah tentu ada bantuan daripada pembantu dan juga keluarga.
“Jadi perkara-perkara seperti itu memudahkan saya untuk meneruskan kembali karier saya.
“Tetapi sebagai seorang ibu, saya tetap menjaga Baby M, apa yang saya boleh cakap, menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak seni dan juga ibu dan isteri itu tidak mudah,” katanya kepada Gempak.
Kerap rindu anak
Dalam pada itu, Nabila berkata dia sendiri perasan antara perubahan yang dialaminya selepas bergelar ibu adalah kerap merindui anak dan tidak mahu berjauhan dengan Baby M.“Keluar kerja pun saya rasa macam nak cepat balik mahu jumpa anak. Bila pulang lambat sedikit, dalam kepala dah teringat Baby M.
“Bila keluar rumah nak pergi kerja, terfikir nak kena tinggalkan dia sekejap pun rasa macam sedihnya. “Tapi nak tak nak, kerja kita dikena teruskan. Insya-Allah, saya akan cuba bahagikan masa lagi untuk anak saya,” ujarnya.
Respek ibu-ibu bekerja
Dalam pada itu, Nabila juga meluahkan rasa respek melihat ibu-ibu yang bekerja dan dalam masa yang sama turut menjaga anak-anak mereka.“Tetapi sepenat penat saya pun kalau saya balik kerja, hati rasa tenang, bila tengok Baby M, saya tak ada benda nak ‘complain’ melainkan rasa sangat bersyukur,” katanya.“Saya ambil kesempatan ini untuk menghargai dan respek kepada semua ibu ibu di luar sana yang memang menjaga sendiri anak-anak mereka tanpa bantuan siapa siapa, korang memang power. “Saya yang banyak terima bantuan daripada orang terdekat pun masih lagi tak cukup tidur apatah lagi mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:Nabila Razali Kongsi Momen Lucu Jaga Anak - “Yang Ada Baby Boy Mesti Tahu, Kalau Nak Tukar Pampers…”
ARTIKEL BERKAITAN:Muncul Dengan Lagu Raya Mana Versi Kelantan Bersama Den Manjo, Nabila Harap Orang Pantai Timur Tak Marah - “Saya Belum Fasih Loghat Kelate Takut Salah Sebut”
ARTIKEL BERKAITAN:Nabila Razali Belum Sedia Dedah Nama & Wajah Anak, Bimbang Penyakit Ain! - "Saya Tak Nak Ambil Risiko"
ARTIKEL BERKAITAN:"Tengok Kuku & Rambut Dah Tahu Sangat Hensem" - Nabila Razali Kongsi Foto Selepas Bersalin, Ceria Diulit Bahagia!
ARTIKEL BERKAITAN:Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"
Terdahulu, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu.
Must-Watch Video