Hiburan
Nabila Razali Dah Ada Jawapan Untuk Soalan Zuriat Di Hari Raya - “Kalau Ada Orang Bertanya, Itulah…”
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali sudah bersiap sedia dengan jawapan sekiranya menerima pertanyaan mengenai zuriat pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
Menurut Nabila, dia sangat percaya akan rezeki dan menyerahkan segala urusan mengenai cahaya mata kepada Allah.
“Saya percaya pada rezeki kalau Allah kata dah tiba masanya… tiba la masanya. Kalau ada orang bertanya tu, jawapan saya tetap sama… rezeki kan.
“Kalau ada, adalah… kalau tak ada nak buat macam mana. Kita teruskan berusaha. Saya tidaklah meletakkan dateline atau target. Saya percaya dengan rezeki… saya pegang pada rezeki Allah beri.
“Sekarang ini ada banyak benda saya nak kena buat. Mungkin Allah kata kerja dulu, saya pun tak tahu. Harap bab itu (zuriat) dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.
Teruja Beraya Di Kelantan
Berkongsi mengenai persiapan hari raya, penyanyi lagu Raya Mana? ini meluahkan rasa teruja kerana kali pertama akan menyambut Aidilfitri di kampung halaman suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, di Kelantan.
“Persiapan untuk raya itu tak banyak sangat… dia pun orang sangat chill, saya pula mana-mana pun okay. Janji siap. Harapnya raya ini dipermudahkan, bukan untuk kami saja tapi untuk orang luar sana juga.
“Saya dan suami tak ada la gaduh nak beraya mana, kita bincang. Saya tak ada masalah nak beraya mana, dia pun memahami. Kampung suami saya di Kelantan, tak ada hanya sehari saja dekat sana, mesti beberapa hari.
“Saya pernah pergi Kelantan tapi untuk beraya sana, ini kali pertama. Saya tak tahu la macam mana vibe macam mana. Saya tak tahu nak pakai macam mana. Itu perkara teruja tapi nervous.
“Sebab dekat KL, saya pakai glam… tapi yela nak jumpa saudara baru, keluarga belah sana. Lebih kepada teruja. Yang penting kena jaga diri di kampung suami,” ujarnya.
Untuk info, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan pada 18 November tahun lalu.
BERITA TRENDING: Nabila Razali Ada Limit Kongsi Kebahagiaan Di Laman Sosial - “Suami Saya Pun Ada Berpesan…”
Must-Watch Video