Laman Utama
Nabil Ahmad Tak Mahu Isteri Berkawan Dengan Bekas Kekasih - "Yang Dah Lepas Tu Lepaslah, Kita Manusia Akan Buat Silap"
Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad tidak bersetuju jika isterinya, Nazirah Ayub atau dikenali sebagai Zira berkawan baik dengan bekas kekasihnya.
Menurut Nabil ia bukan satu jalan yang baik untuk hubungan suami isteri di masa akan datang.
“Aku kalau boleh yang dah lepas tu lepas lah. Aku pun rasa isteri tak perlu tahu masa lampau aku begitu juga aku. Sebab kita manusia kita akan buat silap.
“Contoh kalau aku bawa isteri lepak dengan bekas kekasih aku tiba-tiba bekas kekasih bercerita benda-benda lama aku dengan dia yang isteri sendiri tak pernah tahu. Bukan ke ia akan merosakkan hubungan itu?
“Kenapa nak buat benda yang bakal merosakkan dan menjahanamkan diri?
“Kenapa nak cederakan diri sendiri? Ingat kena baling mangkuk, periuk tak sakit ke?” soalnya secara berseloroh.
Pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan itu berkongsi pendapatnya bersama penyampai yang lain dalam 3 Pagi Era dalam topik berkenaan semalam.
Sementara itu, penyampai radio Azad memberitahu dia tidak kisah serta terbuka jika isterinya mahu berkawan kembali dengan bekas kekasih asalkan tahu menjaga batas sebagai seorang isteri.
Selain Nabil dan Azad 3 Pagi Era turut menampilkan Radin sebagai penyampai untuk segmen pagi di radio tersebut.
Must-Watch Video