,
Hiburan

Mya Ruslee Nafi Kembali Aktif Menyanyi Selepas Bercerai

Ahmad Shah
16/08/2016
04:04 MYT
Penyanyi dan pelakon Mya Ruslee menafikan dakwaan kembali aktif menyanyi selepas bercerai dengan bekas suaminya Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 17 Ogos tahun lalu.
Mya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee, 40, berkata dia tidak pernah berhenti menyanyi sepanjang 20 tahun pembabitannya dalam dunia seni.
“Saya tidak tahu bagaimana isu tersebut boleh timbul kerana saya tidak pernah berhenti menyanyi. Sebelum, semasa dan walaupun tidak lagi bergelar isteri saya masih aktif.
“Mungkin orang tak nampak sebab saya tak muncul di televisyen. Alhamdulillah, dari dahulu sehingga sekarang, tawaran menyanyi tidak pernah putus,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Mengulas mengenai kisah penceraiannya dan bekas suami, Mya memberitahu ia terlalu peribadi untuk dikongsi, namun menerima Qada’ dan Qadar yang telah ditentukan.
“Saya terima ketentuan Illahi kerana siapalah kita untuk menidakkannya. Saya tidak pernah bersedih kerana saya perlu bekerja untuk keluarga dan tumpuan saya kini hanya kepada ibu saya,” ujarnya.
Tambah Mya lagi, dia belum terfikir untuk mencari pasangan hidup selepas kembali solo kerana mahu menjaga ibu, Kasmah Daud yang diserang angin ahmar pada tahun lau selain mengidap kencing manis.
"Jujur saya katakan, saya tidak langsung terfikir untuk mencari pengganti kerana ibu saya perlukan perhatian daripada saya.
“Saya perlu membawa ibu ke hospital untuk rawatan dan inilah masanya untuk saya membalas jasa dan pengorbanannya.
"Ada hikmahnya saya bercerai kerana jika tidak tentu saya tak dapat menjaga ibu seperti sekarang. Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk itu dan saya tidak pernah meletakkan ia sebagai beban,” katanya.
Dalam pada itu Mya tidak menolak sekiranya bertemu jodoh pada usia sekarang, tetapi mahu mencari lelaki yang bertanggungjawab dan jujur dalam menjalinkan hubungan.
"Kalau nak bercinta-cinta seperti zaman muda rasanya tidak tetapi saya mencari lelaki bertanggungjawab dan jujur," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Mya kini berehat daripada dunia lakonan bagi memberi tumpuan kepada karier nyanyiannya.
Mya juga bakal melancarkan single duet bersama Siti Saida berjudul Setia.
"Saya rasa sudah tiba masa untuk kembali bangkit dan kembali menyusun strategi bagi kemunculan semula saya.
"Saya bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan dan peminat yang sentiasa positif dan selalu memberi kata-kata semangat untuk saya terus aktif," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Unitar