Berita
Murahnya Hati 'EggBoy’…- Derma RM290,000 Dikumpul Untuknya Kepada Mangsa Christchurch
‘Budak Telur’ atau ‘EggBoy’ bersetuju untuk menyumbang AUD100,000 (RM290,580) kepada mangsa serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand Mac lalu.
Wang tersebut adalah dana yang dikumpul kepada ‘Egg Boy’ atay nama sebenarnya Will Connolly
menerusi dua kempen ‘crowdfunding’ di laman web GoFundMe.
Laman web tersebut ditubuhkan oleh orang ramai yang bersimpati dengan pemuda berusia 17 tahun itu kerana dikenakan tindakan undang-undang selepas memecahkan telur di kepala senator Australia, Fraser Anning.
Akibat tindakannya itu, Will ditumbuk sebanyak dua kali oleh Fraser sebelum kekecohan dileraikan pengawal keselamatan.
Pemuda warga Australia itu ditahan polis namun dibebaskan selepas soal siasat.
Semalam, ‘EggBoy’ telah memuat naik sebuah entri di laman Instagramnya.
“Saya membuat keputusan untuk mendermakan semua wang sebagai bantuan kepada mangsa serangan keganasan. Ia bukan milik saya.
“Akhirnya!!! Selepas sejumlah besar dikumpulkan, sebanyak $99,922.36 (RM290,069.29) diserahkan hari ini kepada Yayasan Christchurch dan Mangsa Sokongan.
“Kepada mangsa tragedi itu, saya dengan sepenuh hati berharap pemberian ini dapat memberi kelegaan kepada anda. Teruskan dengan menyebarkan kasih sayang,” katanya.
Serangan pada 15 Mac lalu itu mengorbankan 51 umat Islam semasa mereka hendak menunaikan solat Jumaat di dua buah masjid iaitu Masjid Al Noor dan Masjid Linwood.
Must-Watch Video