,
Laman Utama

“Mungkin Kurang Dekatkan Diri Dengan Tuhan” - Agnes Monica Ulas Soal Jodoh Tak Lekat

Azwa Rahman
25/02/2021
09:30 MYT
Penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica mengakui sering gagal dalam hubungan cinta sebelum ini mungkin kerana kurang mendekatkan diri dengan Tuhan.
Menurut Agnes, 34, yang dikenali sebagai Agnez Mo, dia juga masih mencari lelaki yang mampu membawanya dekat dengan agama.
“Selama ini, hubungan yang saya jalin dengan seseorang selalu terkandas kerana mungkin kurang didasari dengan tunjang agama, yang mana lebih dekat pada Tuhan.
"Sebenarnya ramai yang tahu, di mana sudah diingatkan bahawa apa saja pun yang kita lakukan, perkara yang membuat kita jauh dari Tuhan, harus ditinggalkan.
"Apapun, untuk saya selama ini mungkin tidaklah terlalu jauh dari agama, cuma kurang mendekatkan diri dengan Tuhan dan ini yang cuba saya perbaiki dulu," katanya dalam temubual di saluran YouTube bersama Daniel Mananta baru-baru ini.
Menurut penyanyi yang pernah digosipkan dengan Chris Brown itu, apa yang sudah berlaku dalam hubungan cintanya sebelum ini juga disebabkan dia belum bersedia untuk lebih serius.
"Apa yang pernah berlaku dulu, pengalaman saya. Malah, pada masa sekarang pun rasanya untuk menjalin hubungan cinta serius masih lagi bukan keutamaan saya.
"Kini, apa yang giat saya lakukan adalah belajar memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih baik sekali gus mendekatkan lagi hubungan dengan Tuhan," katanya.
Terkini, Agnes dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan vokalis Noah, Ariel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Peminat Label Dian Sastro Sombong Sebab Enggan Bergambar; “Terserah, Saya Tak Peduli”

gempak
27/01/2023
10:00 MYT
Hak masing-masing
Laman Utama

Pelakon & Hos Rugi Lebih RM100 Ribu, 11 Kenderaan Termasuk Porsche ‘Hilang’

gempak
15/07/2022
05:56 MYT
Harap pelaku di bawa ke muka pengadilan.
Laman Utama

Tak Sebulu Dengan Anak Tiri, Isteri Sule Minta Cerai

gempak
10/07/2022
03:50 MYT
Sama-sama ambil pengajaran.
Laman Utama

Muat Naik Foto Seolah Pre-Wedding, Afgan Bakal Tamat Zaman Bujang? - “Akhirnya Gan, Tahniah Ya!”

gempak
06/07/2022
04:13 MYT
Kalau betul, tahniah!
Laman Utama

Gigi Dah Cantik Tapi Pasang Pendakap, Iman Troye; “Kadang Insecure Bila Bercakap Depan Orang..”

gempak
02/07/2022
11:59 MYT
Makin berkeyakinan lepas ni.