,
Hiburan

“Mungkin Abang Tidak Mampu Menjadi Seperti Mommy, Tapi...”- Anak Sulung Arwah Faziani Terharu Ibu Terima Anugerah Khas Wanita Cakna Kebajikan

Zulaikha Yusof
27/06/2019
05:49 MYT
Anak sulung pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Iqbar Hakim melahirkan rasa syukur apabila arwah ibunya, Faziani Rohban Ahmad dikurniakan Anugerah Khas Wanita Cakna Kebajikan bersempena Hari Sayditina Khadijah di Kota Bahru, Kelantan semalam (26 Jun).
Menurut Iqbar walaupun dia tidak mampu untuk menjadi seperti ibunya namun dia akan berusaha untuk merealisasikan cita-cita yang belum tercapai.
Menerusi laman Instagram (IG) miliknya, Iqbar memuat naik sebuah rakaman video semasa majlis itu berlangsung.
"SayditinaKhadijah. Sayangku engkau menerima anugerah istimewa di tarikh 26/6/2019 iaitu Anugerah Sayditina Khadijah.
"Terima kasih Ya Allah atas kurniaan rezeki ini untuk permaisuri teragung aku.
"Sungguh hebat auramu sayang, aku takut dengan fitnah dunia harini tapi engkau?
"Hanya kebaikan yang menemui mu selepas engkau pergi.
"Mungkin abang tidak mampu menjadi seperti mami, tapi inshaAllah cita-cita mami abang capaikan.
"Rinduku kepadamu takkan pudar hingga akhir hayat," tulisnya.
Iqbar dan adik-adiknya kehilangan ibu tercinta pada 18 Mei lalu akibat terlibat kemalangan di Pattani, Thailand.
Dalam kejadian tersebut, kenderaan jenis Toyota Estima yang dipandu suami Faziani, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, merempuh sebuah lori.
Akibat rempuhan itu, Faziani tersepit di bahagian penumpang hadapan dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suaminya cedera.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Keluarga Pengasas Dnars Buat Laporan SPRM

gempak
19/06/2022
21:45 MYT
Laporan itu berkaitan urusan membawa pulang jenazah Allahyarham ke Malaysia yang didakwa mencurigakan, pada 2019.
Hiburan

Guna Kehebatan Ke Arah Profesional, Bukan Minta Untuk Dikecam" - Anak Sulung Pengasas Dnars Kosmetik Tegur Aliff Syukri

gempak
12/03/2020
03:42 MYT