,
Hiburan

Muncul Dengan Single Baru, Inteam Berkolaborasi Dengan Jae Deen

Kamaruddin Razal
25/02/2020
11:20 MYT
Jae Deen atau nama sebenarnya Joshua Asare merupakan artis hip hop dari Kanada yang sedang meningkat naik.
Pertemuan singkat di antara Jae Deen dengan kumpulan nasyid Inteam dari Malaysia sewaktu mereka mengadakan persembahan di sana telah menghasilkan satu kolaborasi mantap sehingga terbitnya sebuah single berjudul I Love Muhammad pada 22 Februari baru-baru ini.
Menurut Syah yang merupakan ketua kumpulan Inteam, single baru ini telah dirakamkan di sebuah studio di Mississauga, Kanada.
Lagu I Love Muhammad turut memuatkan gabungan irama moden barat iaitu Hip Hop dengan elemen ketimuran seni Melayu menerusi petikan irama dikir barat di sebahagian melodi lagu ini.
"Semasa kami berada di Kanada untuk memenuhi jemputan persembahan di sana, kami telah bertemu dengan pengurus Jae Deen iaitu saudara Sami Abboud yang mencadangkan agar kami mengadakan kolaborasi di dalam sebuah lagu.
“Alhamdulillah, ia berlaku dengan begitu pantas, di dalam beberapa hari sahaja Jae Deen sudah memperdengarkan contoh lagunya dan kemudian kami pun merakamkan beberapa bahagian dari lagu tersebut semasa berada di sana," kata Syah.
Jae Deen sebelum ini pernah mengadakan persembahan pembukaan di dalam konsert Justin Bieber di Kanada sewaktu beliau masih bersama kumpulan Deen Squad.
Namun kini beliau bergerak solo dan meneruskan kariernya sebagai penyanyi hip hop yang menyelitkan mesej-mesej Islamik di dalam karya-karyanya.
Projek ini juga merupakan kolaborasi antarabangsa Inteam yang kedua.
"Alhamdulillah kami bersyukur dapat bekerjasama dengan beliau dan ini merupakan projek kerjasama single antarabangsa kami yang kedua di mana sebelum ini kami pernah berduet dengan Mesut Kurtis dari Macedonia dalam lagu Thalama Ashku terbitan Awakening Records," tambah Amin.
Lagu berjudul I Love Muhammad ini telah pun dilancarkan dan berada di platform-platform digital serta video muziknya turut dimuatnaik di rangkaian Youtube Inteam Digital dan Deen Starz serentak.
"Lagu ini memuatkan mesej yang sangat baik iaitu menanam kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W serta betapa junjungan Nabi kita merupakan rahmat untuk seluruh alam.
"Video liriknya pula dihasilkan dalam bentuk animasi mengisahkan perjalanan kami kumpulan Inteam dari Malaysia ke Kanada lalu bertemu Jae Deen di sana," tambah Rahim pula.
Sehingga kini, muzik video lagu ini di kedua-dua rangkaian tersebut telah mencecah lebih 10,000 tontonan serta mendapat respon sangat positif dari peminat kedua-dua artis ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Inteam Abadikan Suhaimi Saad Dalam Lagu, Bersyukur Banyak Cerita Kebaikan Arwah Keluar Selepas Meninggal

gempak
23/03/2024
04:55 MYT
Kumpulan nasyid Inteam, berkongsi cerita tentang persahabatan mereka bersama Allahyarham Suhaimi Saad yang meninggal dunia pada 15 November lalu. Menurut Inteam, mereka bersyukur apabila pemergian Suhaimi dipenuhi dengan banyak cerita-cerita kebaikannya ketika masih hidup. “Kali terakhir kami menziarahi arwah Suhaimi, dia memang dah sakit
Hiburan

Dipilih Inteam Untuk Rabiatul Adawiyah 2024, Khai Bahar; "Lagu Ini Sangat Disukai Arwah Ibu Saya"

gempak
09/03/2024
12:13 MYT
Selepas 23 tahun, lagu Rabiatul Adawiyah dirakamkan semula Inteam bersama Khai Bahar.
Hiburan

Harum Setangkai Doa Dedikasi Inteam buat Allahyarham Suhaimi Saad

gempak
10/01/2024
13:00 MYT
Berita pemergian Allahyarham Suhaimi Saad bekas anggota Inteam, pada November tahun lalu sudah pasti telah mengejutkan peminat industri muzik tanahair.
Laman Utama

“Kita Jangan ‘Expect’ Selebriti Agama, Nasyid Seperti Malaikat” - Hazamin Inteam

gempak
18/09/2023
08:50 MYT
Semua orang ada buat kesilapan.
Laman Utama

Menang Tiket Ke Konsert Lima Rukun Di ZAYAN, Ini Cara-Caranya!

gempak
08/09/2023
05:49 MYT
Peraduan dibuka dari sekarang hingga 12 September di laman rasmi Zayan.