HIBURAN
Muncul Dengan Lagu Raya Mana Versi Kelantan Bersama Den Manjo, Nabila Harap Orang Pantai Timur Tak Marah - “Saya Belum Fasih Loghat Kelate Takut Salah Sebut”
Penyanyi, Nabila Razali muncul dengan lagu raya berjudul ‘Raya Mana’ dalam versi Kelantan duet bersama Den Manjo.
Gementar sebab kurang fasih loghat Kelantan
Menurut Nabila, dia berasa sedikit gementar untuk menyanyikan versi tersebut kerana tidak fasih dengan loghat Kelantan.“Bagi siapa yang menanti lagu ini versi Kelantan bersama dengan Den Manjo, permintaan anda sudah saya tunaikan.
Nabila berkata demikian ketika ditemui pada sesi rakaman Gempak Jam Session Raya bertempat di Sora Studio baru-baru ini.“Sejujurnya saya agak gementar untuk menyanyikan lagu ini kerana loghat Kelantan bukanlah bahasa pertama saya walaupun sudah mendirikan rumah tangga selama setahun lebih bersama suami yang merupakan orang Pantai Timur. “Sampaikan sudah menimang cahaya mata pun saya masih lagi belum fasih untuk berbahasa Kelantan. Tapi tak mengapa, mula mula menyanyi dahulu, lepas itu mana tahu boleh fasih,” ujarnya.
Rujuk cara pertuturan dengan Den Manjo
Dalam pada itu, Nabila juga ada meminta tunjuk ajar mengenai cara percakapan orang Kelantan daripada Den supaya tidak kedengangan canggung ketika menyanyi.“Untuk lagu ini, pada masa yang sama saya juga sempat berbual dengan Den dan minta tunjuk ajar daripadanya.
Sebelum ini, Nabila menjadi tumpuan netizen selepas tampil menjadi penterjemah lagu raya miliknya iaitu Raya Mana ke dalam bahasa isyarat.“Saya tanya sama ada sebutan saya ini betul atau tidak sebab takut salah. Den pun banyak juga kongsi cara pertuturan orang Kelantan. “Insya-Allah, saya harap orang Kelantan tidak marah kalau saya tersalah sebut,” ujarnya.
Must-Watch Video