,
Laman Utama

Mula Baca Al-Quran Sebab Kagum Rakyat Pales*** Tak Salahkan Takdir, TikToker Megan Rice Peluk Islam

Izwan Isa
12/11/2023
05:55 MYT
Individu yang bertanggungjawab memulakan trend 'bukan Muslim membaca al-Quran' (Non-Muslim reading The Quran) di TikTok, Megan Rice, secara rasminya memeluk Islam.

BERITA TRENDING: Angeline Tan Berhijab, Sabri Yunus; "Biarlah Dia Terbuka Hati..."

Menerusi satu video yang dimuat naik pendakwah kelahiran Syria, Ahmad Abostani, Rice dilaporkan mengucap dua kalimah syahadah dalam satu sesi live yang diadakan secara bersama. Rice merupakan pempengaruh media sosial terawal yang mula membaca dan mempelajari kandungan al-Quran, selepas melihat bagaimana penduduk Palestin yang diuji dengan begitu berat, masih mampu bersabar dan tidak menyalahkan takdir.
"Saya kagum dengan rakyat Palestin kerana nampaknya mereka mempunyai kepercayaan yang begitu kukuh, walaupun kehilangan segala-galanya.
"Orang ramai memberitahu saya, ya, itulah Islam, adakah anda telah membaca al-Quran? Anda mungkin perlu membaca al-Quran," katanya.
Rice dilihat bersungguh-sungguh menyokong kebebasan Palestin dan menyatakan kekagumannya terhadap semangat masyarakat Islam di Gaza dalam menghadapi kekejaman rejim Zionis Israel.
Setiap hari, Rice akan berkongsi dengan lebih 600,000 pengikut tentang ayat al-Quran yang dibacanya melalui terjemahan, dan menyatakan kekaguman tentang bagaimana kitab suci itu mampu menjawab semua persoalannya.
Selain Rice, antara pempengaruh TikTok lain yang turut mula membaca kandungan al-Quran ialah @jakjackwilds dan @abbeyhafiz.

BERITA TRENDING: Sule ‘Naik Angin’ Bila Ada Yang Tanya Bakal Menantu Akan Peluk Agama Islam Atau Tidak

Kebanyakan mereka mengakui bahawa membaca al-Quran menyedarkan mereka tentang kedangkalan pengetahuan mereka tentang Islam dan betapa berbeza kandungan sebenarnya berbanding naratif barat.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

gempak
16/09/2024
09:14 MYT
Tidak penah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah hidup Michael Tong Wai Siong, 55.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

“Saya Bukan Ustaz” - Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Agama Dari Isteri Sahaja, Enggan Ambil Risiko

gempak
10/09/2024
12:55 MYT
Pelakon dan sutradara terkenal Sabri Yunus menegaskan dirinya bukan individu yang tepat untuk menjawab persoalan orang ramai berkaitan hal agama.
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.