,
Hiburan

Mufti Wilayah Persekutuan Hadiahkan Iqram Dinzly Arnab

Fiza Kamarudin
22/01/2018
14:46 MYT
Pada petang Sabtu lalu, pelakon kontroversi Iqram Dinzly menerima hadiah dua ekor arnab daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Selain itu, agamawan tersebut turut menghadiahkan beberapa buku tulisannya, jubah dan kopiah kepada Iqram.
Dalam pertemuan tersebut, pelakon Johan As'ari yang menemani Iqram turut menerima cenderahati daripada Zulkifli.
Menerusi Instagramnya, Zulkifli memberitahu ada maksud ingin disampaikan menerusi buah tangan yang diberikan kepada Iqram dan Johan.
“Kami hadiahkan beberapa buah buku tulisan kami kepada Iqram dan Johan untuk dibaca, dihayati dan diamalkan kandungannya.
“Begitu juga jubah dan kopiah supaya terus istiqamah dan bersemangat dalam ibadah.
“Tidak lupa dua ekor arnab yang comel kami hadiahkan kepada Iqram, supaya beliau dapat meneruskan hobinya dengan lebih gembira dan tenang,” tulisnya.
Zulkifli juga berharap agar hadiah yang diberikan kepada Iqram dan Johan dapat mengeratkan lagi hubungan mereka.
“Semoga hadiah yang tidak seberapa itu dapat mengikat hubungan persaudaraan kita untuk terus saling berhubung dan mengeratkan ukhuwwah,” ujarnya.
Dalam pada itu Zulkifli turut mengucapkan terima kasih kepada Iqram dan Johan kerana sudi berkunjung dan terbuka untuk berbincang.
“Terima kasih kepada mereka berdua dan rakan-rakan yang mengunjungi kami serta berbincang dengan kami dengan penuh kemesraan dalam liqa’ tersebut.
“Kami berdoa agar kita semua sentiasa ditaufiq dan dihidayahkan oleh Allah SWT,” katanya menerusi entri yang dimuat naik pada Sabtu lalu.
Sebelum ini, Zulkifli menjemput Iqram hadir ke pejabatnya menerusi sepucuk surat terbuka bertarikh 27 Disember untuk membincangkan masalah dihadapi aktor tersebut selepas video aksi pelik pelakon itu menjadi perbualan netizen dan tular di laman sosial.

KUNJUNGAN LIQA' MAHABBAH @iqramdinzly DAN @johanarrif Alhamdulillah, pada petang yang mulia ini 20 Januari 2018 kami telah dikunjungi oleh saudara Iqram Dinzly dan Johan As'ari yang datang ke teratak kami. Kami mendengar banyak buah cakapannya dalam merentasi dan melayari kehidupan terutamanya isu yang berlaku dan melingkari dirinya sejak akhir-akhir ini. Kami amat memahami akan situasi yang dihadapi dan kami namakan pertemuan pada kali ini lebih kepada kunjungan serta taaruf antara kami dari pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kedua-duanya. Sesungguhnya pertemuan yang dibicarakan dari hati ke hati boleh mengungkai sejumlah besar lingkaran kemelut kehidupan yang dihadapi. Kami yakin disana terdapat cahaya di hujung terowong kehidupan tatkala kita berpegang kepada tali Allah dengan penuh keimanan disamping makrifah ilmu dengan sedalamnya. Begitu juga kita sulami kehidupan dengan takwa dan taat. Terima kasih kepada mereka berdua dan rakan-rakan yang mengunjungi kami serta berbincang dengan kami dengan penuh kemesraan dalam liqa’ tersebut. Kami berdoa agar kita semua sentiasa ditaufiq dan dihidayahkan oleh Allah SWT. Setiap tanda ingatan yang kami berikan, sebenarnya ada hasrat tertentu yang ingin disampaikan untuk Iqram dan Johan. Kami hadiahkan beberapa buah buku tulisan kami kepada Iqram dan Johan untuk dibaca, dihayati dan diamalkan kandunganyya. Begitu juga jubah dan kopiah supaya terus istiqamah dan bersemangat dalam ibadah. Tidak lupa dua ekor arnab yang comel kami hadiahkan kepada Iqram, supaya beliau dapat meneruskan hobinya dengan lebih gembira dan tenang. Semoga hadiah yang tidak seberapa itu dapat mengikat hubungan persaudaraan kita untuk terus saling berhubung dan mengeratkan ukhuwwah. Akhukum fillah, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan #santaidrzulkiflialbakri

A post shared by Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri (@drzulkifli.albakri) on

Foto: Instagram Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.