,
Gaya Hidup

Mudahnya Cari Makanan Halal Di Brisbane, Ini 6 Restoran Yang Anda Harus Cari!

Azwa Rahman
27/08/2019
10:10 MYT
Negara Australia sangat popular dalam kalangan pelancong Malaysia. Selain Perth, Sydney dan Melbourne, anda patut beri perhatian pada Brisbane.
Selain tempat-tempat lawatan yang menarik dan orang tempatannya yang peramah, salah satu tarikan terkini di Brisbane adalah makanan halal.
Gempak senaraikan enam restoran halal yang anda boleh pergi, pasti ia menjanjikan pengalaman percutian yang indah buat anda.
1. Mado Restaurant
Restoran Turki ini terletak bertentangan dengan Sungai Brisbane. Pernah dianugerahkan sebagai Restoran Terbaik Australia pada 2013, anda harus cuba menu popular di sini, kambing panggang.
2. The Plaza Food Court
Satu jam perjalanan dari Brisband, restoran ini erletak di Seaworld Gold Coast. Menyediakan makanan halal barat, antara menu yang anda patut cuba adalah burger ayam dan fish and chips. Istimewanya lagi lokasi ini, ia turut menyediakan ruangan solat untuk pengunjung lelaki dan wanita lengkap dengan pintu masuk yang berbeza.
3. Mecca Bah
Restoran keluarga Maghribi ini terletak di Bandar Fortitude Valley. Sarat dihiasi dengan elemen kontemporari dan elegan dari Timur Tengah, pastikan anda memesan daging kambing di restoran ini. Daging kambingnya yang lembut dan berjus pasti membuatkan anda teringat-ingat bila pulang ke Malaysia.
4. Jakarta Indonesian
Mendengar nama restorannya sahaja, pasti anda tahu restoran ini berasal dari mana. Kalau rindukan masakan Nusantara, anda wajib singgah restoran ini. Cuba pesan gado-gado ataupun ayam rica-rica, itulah dua menu popular yang sering menjadi tumpuan. Jika anda merancang untuk ke sini, anda digalakkan untuk membuat tempahan awal kerana restoran ini sentiasa penuh dengan pengunjung.
5. Shiraz Autenthic Persian Restaurant
Kalau ke restoran Parsi, rugi kalau anda tidak mencuba kebab. Datanglah ke restoran ini dan nikmati sendiri keenakan roti dan daging kebab di sini. Walaupun restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung, jangan risau kerana terdapat ruangan luas yang dihiasi perabut kayu antik.
6. Eat Street Northshore
Tempat lepak yang santai untuk anda penggemar makanan jalanan, restoran ini sesuai untuk anda. Sambil menikmati makanan, anda akan dihiburkan dengan persembahan live band. Wajib singgah ke restoran pencuci mulut Miss Cluade’s Crepes untuk manisan yang menyelerakan!
Tertarik dengan pilihan restoran yang ada? Inilah masanya anda masukkan Brisbane ke dalam senarai bucket list wajib pergi.
Malaysia Airlines menawarkan penerbangan terus ke Brisbane pada setiap hari Isnin, Rabu, Khamis dan Sabtu bermula dari harga RM1,399.
Nak tahu apa lagi yang best di Brisbane? Tonton video ini dan jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tempeh tiket penerbangan anda sekarang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Keji! Pekerja Pusat Jagaan Kanak-Kanak Mengaku Terbabit 307 Kes Rogol, Mangsa Bawah 12 Tahun

gempak
05/09/2024
01:00 MYT
Seorang bekas pekerja pusat jagaan kanak-kanak di Australia mengaku salah terhadap 307 pertuduhan jenayah seks yang dilakukannya dalam tempoh 20 tahun.
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Berita

Pesawat Malaysia Airlines Hadapi Masalah Tekanan Dalam Kabin, Patah Balik Ke KLIA

gempak
21/08/2024
04:50 MYT
Pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH386 disyaki mengalami 'isu tekanan kabin' semasa dalam penerbangan ke Shanghai selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada Selasa pukul 9.14 malam.
Berita

Pengunjung Panik Helikopter Terhempas Atas Bumbung Hotel Di Australia, Juruterbang Disahkan Maut!

gempak
12/08/2024
09:24 MYT
Beratus pengunjung yang menginap Double Tree by Hilton di timur laut Australia gempar apabila sebuah helikopter terhempas di atas bumbung hotel yang didiami mereka hingga mencetuskan kebakaran.
Hiburan

Rozita Rohaizad Tekad Terus Bantu Martabat Warisan Malaysia Di Australia

gempak
04/08/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan pelakon veteran Rozita Rohaizad sudah banyak kali berkongsi kisahnya yang terpaksa menggunakan wang sendiri hanya semata-mata kerana perjuangannya memartabatkan seni budaya negara ini di persada antarabangsa.