,
Laman Utama

Muatnaik Video Mandi Dengan 1,000 'Babi Air’ Sambil Mohon Maaf, Aisar Khaledd Sengaja Cari Publisiti?

Fiza Kamarudin
24/01/2021
04:48 MYT
Selebriti media sosial, Aisar Khaled sekali lagi mendapat kecaman ramai selepas memuat naik video kedua eksperimen ‘babi air’.
Video tersebut yang dimuat naik pada Sabtu, memaparkan Aisar dan rakan-rakannya termasuk penyanyi Asad Motawh membuat cabaran mandi dengan 1,000 keping 'babi air'
Bagaimanapun aksi yang dilabel kurang cerdik oleh wargamaya itu mendapat lebih 13 ribu tanda ‘dislikes’ dengan 4,385 komen (ketika atikel ini ditulis).
Video yang telah ditonton sebanyak 112,804 itu juga menerima banyak kecaman daripada wargamaya yang menganggap Aisar tidak sensitif dan tidak serik.
Mereka juga kesal kerana pembaziran dilakukan Aisar memberi kesan kepada orang lain yang benar-benar memerlukan dan menggesanya untuk memadam video tersebut.
Seperti tidak mempedulikan kecaman terhadapnya, Aisar telah melekat (pinned) permohonan maaf di ruangan komen sambil menasihati orang lain agar tidak mengikut jejak langkahnya.
“Jangan tiru macam saya buat content macam ni saya mintak maaf lepasni saya lebih berjaga-jaga untuk buat content…Terima kasih terus support,” tulisnya.
Terdahulu, aksi eksperimen selebriti media sosial ini terhadap gel penyejuk badan menjadi bualan hangat wargamaya.
Aksinya menjilat gel penyejuk badan yang sudah kembang di dalam tandas turut mengundang rasa jijik penontonnya.
[[BACA: Jilat 'Babi Air', Aisar Khaledd Buat Netizen Kembang Tekak...]]
Nama Aisar kemudiannya menjadi ‘panas’ apabila media melaporkan mengenai seorang wanita yang terpaksa mencuri gel penyejuk badan untuk diberikan kepada anaknya.
Tindakan terdesak wanita tersebut kemudiannya menarik perhatian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal.
Nik Ezanee terpanggil untuk mengunjungi wanita yang ditangkap akibat mencuri gel penyejuk badan untuk menghulurkan bantuan makanan dan barangan harian kepada suri rumah berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.