,
Laman Utama

Muat Naik Foto Awan Dengan Kapsyen ‘Hope’, Netizen Doakan PU Riz Tabah & Kuat - “Di Sebalik Awan, Ada Mentari Bersinar”

Azwa Rahman
02/06/2021
06:38 MYT
Pendakwah bebas dan suami kepada selebriti Noor Neelofa, PU Riz mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto awan berwarna jingga di ruangan Instagram miliknya.
Selain berkongsi foto tersebut, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail, 26 turut meletakkan perkataan ‘Hope’ di ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan kata-kata semangat dan sokongan buat Haris untuk cekal menempuh apa juga situasi yang dilaluinya.
Malah, ada juga yang mengaitkan foto tersebut dengan cahaya mata dan mendoakan agar pasangan ini cepat-cepat menimang anak.
“Never give up, today is hard, tomorrow will be worse but the day after tomorrow will be sunshine,” komen seorang wargamaya.
“Saya harapkan yang terbaik untuk awak dan isteri awak. Stay strong dan take care antara satu sama lain,” kata seorang wargamaya.
“Mesti penat kan hadap deme-deme tu,” usik seorang wargamaya.
“Di sebalik awan tebal, ada mentari yang bersinar cahayanya,” pesan seorang wargamaya.
“Masya-Allah indahnya ciptaan Tuhan. Bentuk awan tu macam tapak kaki baby,” tulis seorang wargamaya.
“Kita yang pilih jalan hidup kita, so kena tabah okay. Insya-Allah semua baik-baik je,” luah seorang wargamaya.
“Hope dapat baby kembar cepat,” doa seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 25,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekadar info, pada 27 Mac lalu, Haris diijabkabulkan bersama Neelofa, 32, dengan sekali lafaz di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Hiburan

“Kalau Budaya ‘Keteyki’ Cepat Saja Ikut, Tapi Kalau Ustaz Kata Sebut Alhamdulillah, Kata Ini Ada Tauliah Tak?” - PU Riz

gempak
20/10/2024
07:55 MYT
Boleh dikatakan ramai orang mengikuti trend video ‘Thank you keteyki’ yang merupakan trendmark pempengaruh media sosial dari Thailand iaitu Aon Samrutai.
Hiburan

Neelofa Dedah Tak Pernah Guna Duit Sendiri Beli Keperluan Rumah, Reaksi Nora Danish Pula Jadi Perhatian - “Seronoknya Kehidupan Macam Itu”

gempak
17/10/2024
14:55 MYT
Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan wang untuk membayar keperluan rumah seperti bil air dan barang dapur sejak berkahwin dengan Haris Ismail.
Hiburan

Teguran PU Riz Untuk Individu Kata ‘Lebih Selesa Tak Bertudung, Inilah Diri Saya Sebenar’ - “Dalam Agama Ada Bahagian Yang Dipanggil Malu Dengan Dosa”

gempak
14/10/2024
07:55 MYT
Pendakwah bebas dan selebriti Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menegur tindakan individu yang mengatakan lebih selesa untuk tidak memakai tudung kerana menganggap itu adalah diri sebenar.
Unitar