Bakat Nyanyian Fazura Boleh Diasah, Ajai Cadang Cari Komposer Yang Tepat - "Dia Perlu Cari Bunyi Sesuai Supaya Tidak Mencederakan..."
Komposer dan penyanyi Ajai menyatakan Fazura memerlukan seorang komposer yang baik untuk mencungkil bakat nyanyiannya.
Menurut Ajai, komposer tersebut perlu mencari bunyi yang sesuai untuk pelakon Manisnya Cinta di Cappadocia.
Tambahnya lagi, komposer itu juga harus memahami tahap kemampuan suara Fazura kerana kemampuan vokal tidak boleh dipaksa.
“Dia perlukan komposer yang tepat bukanlah boleh menyanyi dengan nada yang tinggi itu bagus, not rendah itu bagus atau tidak.
“Dia perlu mencari bunyi yang sesuai supaya tidak mencederakan vokal anda supaya producer senang membuat kerja walaupun yang tidak sedap itu adalah not yang rendah atau tinggi.
“Jadi, producer kena tahu kemampuan nyanyian dia yang sedap. Dia tidak boleh pergi kemampuan yang dirinya tidak boleh lakukan.Meskipun Fazura dikecam oleh netizen, komposer yang terkenal dengan lagu ciptaannya Seperti Dulu itu menyatakan pendengar pada zaman kini tahu menilai muzik melalui persembahan kerana ilmu tentang muzik itu semakin meluas di media sosial.
“Memang kita dengar ada beberapa bahagian yang dia menyanyi itu kurang menepati not yang tepat.