,
Laman Utama

MPN Syor Sempadan Negara Dibuka Sepenuhnya Mulai 1 Mac Ini

Awani
09/02/2022
03:45 MYT
Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersetuju untuk membuka sempadan negara sepenuhnya seawal 1 Mac ini, tanpa perlu melakukan kuarantin wajib.
Namun demikian Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ujian COVID-19 perlu dilakukan mengikut syor Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum berlepas dan sebaik tiba di pintu masuk utama negara.
Menurutnya, MPN memutuskan demikian selepas mendengar cadangan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, baru-baru ini.
Maka MPN bersetuju supaya sempadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.
"Pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN kedua di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pembukaan sempadan antarabangsa itu adalah terpakai kepada semua negara.
"Menteri Kesihatan (Khairy) bagi tahu tadi dalam taklimat kalau kita nak pilih negara, Omicron dah ada dalam seluruh negara dan masyarakat. Jadi tak boleh memilih.
"Tapi mungkin akan ada maklumat lanjut yang akan diumumkan Kementerian Kesihatan nanti. Saya hanya mengumumkan keputusan MPN," jelasnya.
Beliau turut menyifatkan ia sebagai satu keputusan yang baik dalam merancakkan semula pemulihan sistem ekonomi negara.
"Berdasarkan taklimat menteri (kesihatan) tadi, nampak sistem kesihatan awam kita masih mampu untuk menguruskan kerana kita sudah ada banyak pengalaman, baik dari segi katil hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan doktor.
"Meskipun kes meningkat kapasiti yang ada masih boleh menampung," ujarnya lagi.
Dengan ini, katanya, ia akan membantu industri-industri yang bergantung kepada pelancongan untuk membangun semula.
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Omicron Is No Joke”- Disahkan Covid-19, Azira Shafinaz Minta Close Contact Buat Ujian

gempak
17/02/2022
13:00 MYT
Azira terpaksa tangguh peggambaran
Laman Utama

“Omicron Bukan 'Konspirasi KJ' Nafikan Hari Raya” - Khairy

gempak
08/02/2022
00:45 MYT
Omicron ni kena dekat semua negara, bukan Malaysia sahaja.
Laman Utama

“Selain Warga Emas, Penerima Vaksin Sinovac Wajib Ambil Dos Penggalak Atau Sijil Digital Bertukar ‘Putih’ Mac Ini!” – KJ

gempak
07/02/2022
09:46 MYT
Selain itu penerima vaksin Sinavoc berusia 18 tahun ke atas juga perlu mendapatkan dos penggalak secepat mungkin bagi mengekalkan status lengkap vaksin mereka.
Laman Utama

Covid 19: 11, 034 Kes Hari Ini, Tertinggi Dalam Tempoh 4 Bulan! – KJ Buat Pengumuman Penting!

gempak
07/02/2022
08:09 MYT
Jam 5 petang ini gais!
Laman Utama

Siti Badriah Dijangkiti COVID-19 Ketika Sedang Hamil - “Tak Mahu Salahkan Sesiapa…”

gempak
05/02/2022
03:50 MYT
Semoga cepat sembuh Sibad!