WATCH
Mopar dedah enjin Hellephant 1,000hp
Mopar, unit komponen di bawah Fiat Chrysler Automobiles (FCA) membuat kejutan di Pameran SEMA di Las Vegas apabila memperkenalkan Hellephant.
Hellephant atau nama penuhnya Hellephant 426 Supercharged Mopar Crate HEMI adalah seunit enjin yang mampu memuntahkan kuasa 1,000hp dan tork sekuat 1,288Nm.
Ia adalah enjin pertama Mopar sekuat 1,000hp yang ditawarkan di bawah kategori Peralatan Pengilang Asli (OEM).
"Peminat kami mendahagakan kuasa serta prestasi dan enjin Hellephant Mopar Crate HEMI dengan kit enjin menawarkan kuasa luar biasa selain tork menerusi konsep pasang dan guna (plug-and-play).
"Ia suatu pakej unik dalam industri," kata Ketua Peralatan dan Servis (Mopar) serta Jenama Kenderaan Penumpang , FCA - North America iaitu Steve Beahm.
Baca juga artikel berkaitan:

Enjin dan pakej kit Hellephant menggambarkan jenama Mopar pada masa silam dan semasa.
Logo dan namanya mengimbau kembali enjin legenda 426 HEMI yang mula-mula diperkenalkan pada 1964 dan ia digelar sebagai enjin elephant. Gelaran itu diberi disebabkan saiz dan kuasanya.
Logo dan nama itu terbentuk menerusi gabungan kit enjin sekuat 707hp Mopar Hellcrate yang dipertontonkan pada Pertunjukkan SEMA 2017.
Enjin itu lengkap dengan adanya seunit pam air, roda tenaga, tangki simpanan minyak enjin hadapan, pengecas lampau (supercharger) berserta pendikit badan serta pemancit bahan api.

Ia juga boleh dipadankan dengan kit enjin Mopar Hellephant 426 Supercharged Mopar Crate HEMI menerusi konsep mudah plug-and-play.
Kedua-dua barangan baharu itu direka untuk pemasangan pada kenderaan off-road atau kereta pra-1976.
Sebagai tambahan enjin Hellephant 426 Supercharged Mopar Crate HEMI turut mengandungi penutup injap yang diambil daripada model Dodge Challenger SRT Hellcat Redeye serta beberapa komponen enjin dari Dodge Challenger SRT Demon.
Enjin pemasangan dan kit Hellephant 426 Supercharged Mopar Crate HEMI akan ditawarkan pada suku pertama tahun hadapan. Sila lawat www.cratehemi.com untuk maklumat lanjut.
Must-Watch Video