Hiburan
Mona Allen Kongsi Mesej Individu Tawar RM4,000 Untuk ‘Video Call’ Lucah - “Laki Siapa Ni?”
Pelakon, Mona Allen mendedahkan dirinya menjadi mangsa gangguan seksual di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram story, Mona atau nama lengkapnya Munna Hafiraneza Allen berkongsi gambar bersama individu yang tidak dikenali memintanya untuk teman membuat video lucah.
"Laki siapa ni?
"Korang check tengok mana tahu kenal, video *** pun ada," kongsi Mona di Instagram Story.
Menerusi perkongsian itu juga menunjukkan individu tersebut menawarkan sejumlah wang yang besar kepada Mona namun ditolak.
Mona dan suami yang juga seorang pelakon Pekin Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Must-Watch Video