,
Viral

Momen Sayu Ayah OKU Beri Duit Belanja RM50 Buat Anak Bongsu Jentik Hati Ramai, Kakak Kongsi Kisah Sebenar - "Memang Rutin Abah Setiap Kali ..."

Gempak
07/08/2024
15:55 MYT
Kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah kekal selamanya.
Pemberian wang kertas bernilai RM50 sebagai duit belanja daripada seorang ayah kepada anaknya menyentuh hati ramai.
Menerusi video yang tular sejak beberapa hari lalu, Muslim Jabidin, 61, mengikut keluarganya menghantar anak kelima, Nurul Amira Masarah Muslim ke kampus sebuah universiti tempatan untuk sesi pendaftaran penuntut baharu walaupun dengan berkerusi roda.
Lebih menyentuh hati tatkala Muslim menghulurkan wang belanja untuk Nurul Amira sebelum bersalaman dengan anaknya yang menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan.

Video dirakam spontan

Detik sayu dua beranak itu sempat dirakam oleh kakak Nurul Amira iaitu Nurul Ain Natasya Muslim, 23, yang ada bersama di situ.
Berkongsi kisah sebenar, Nurul Ain berkata, video itu dirakam secara spontan sebelum dia dan keluarga bergerak pulang selepas menghantar Nurul Amira ke kampus pada 28 Julai lalu kerana menyambung pengajian Teknologj Diploma Maklumat di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah.

“Waktu itu, kami sekeluarga nak bergerak pulang kerana sudah tiba masa adik nak masuk ke asrama. Saya memang suka rakam video bersama keluarga sebagai kenangan saya supaya bila rindu saya boleh tengok semua video-video tu.

“Waktu itu saya pun tak dapat nak tahan sebak bila tengok adik saya menangis masa salam abah. Lagipun itu memang rutin abah setiap kali anak-anaknya nak balik universiti.
“Sebagai kakak, saya faham perasaan adik yang berat dan kalau boleh tak nak berpisah kerana kali pertama berjauhan dengan keluarga namun terpaksa demi masa depannya,” katanya ketika dihubungi Gempak.
BERITA TRENDING: Syedot Asmr Mohon Maaf Tapi ‘Off Komen’, Liana Beep Beep Mahu Bongkar
BERITA TRENDING: Dipuji Michelle Yeoh, Zii Jia & Aaron Chia-Soh Wooi Yik Dijanjikan SUV Oleh Chery
Abah nak tengok adik konvo
Ain juga tidak menyangka video dimuat naik di TikTok mencuri perhatian ramai dan kebanyakannya meninggalkan komen positif.
“Saya ada juga baca komen. Antara yang sedih adalah bila ada komen kata saya punyai apa yang mereka tiada iaitu emak dan ayah.
“Sedih pula rasanya dan saya ada beritahu abah. Abah pun tak sangka apa dibuat itu menyentuh hati ramai orang.
“Diharap, adik jaga diri juga jangan buat perkara memalukan kerana kita harapan keluarga dan emak dan abah tunggu kita habis belajar untuk tengok kita pakai baju konvokesyen,” katanya yang juga penuntut semester dua Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Antara yang menarik perhatian merupakan komen pada video berkenaan yang tersentuh dengan momen hiba itu.
"Satu Malaysia menitis air mata adik belajar rajin-rajin ya teringat zaman akak baru masuk polimas dulu.
BERITA TRENDING: Hafiz Mahamad Tampil Beri Penjelasan Video Kaabah, Siap Buat
BERITA TRENDING: Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah Tuju Pada Siapa? - "Waktu
"Ayah saya pun dah tak berapa sihat. Nak sambung belajar pun tak sampai hati sebab anak sulung, abang kakak tak ada nak minta tolong tapi tengok orang sambung belajar saya tumpang happy..semoga berjaya dunia akhirat yaa," komen natizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar