,
Hiburan

Momen Makan-Makan Abby Abadi Bersama Keluarga, Aslam & Marissa Raih Perhatian Warganet - "Keluarga Ini Sedang Berjuang Berdamai Dengan Takdir”

Umirah Halim
30/05/2024
02:55 MYT
Perkongsian video yang dibuat pelakon Abby Abadi berjaya menarik perhatian netizen.
Menerusi perkongsian video tersebut, Abby bersama keluarga besarnya sedang menjamu selera di sebuah restoran steamboat.
Yang lebih menarik perhatian apabila ada kelibat menantu sulungnya, Ahmad Aslam yang turut meluangkan masa bersama keluarga besar mereka.
Menerusi hantaran di media sosial, Abby meluahkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk mengatasi ujian-ujian hidup yang mendatang.

“Bukan untuk menang, kalah. Tapi tentang bagaimana mengatasi ujian-ujian yang Allah hadirkan agar kasih sayang kerananya takkan terus terpadam.

“Alhamdullillah masih ada kesempatan Terima Kasih Allah untuk segalanya,” tulisnya.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan gembira melihat keluarga tersebut.
“Alhamdulillah.Keluarga ini sedang berjuang untuk berdamai dengan takdir.Dan tidak semua manusia dapat lakukan. Mereka berjaya kerana mereka sentiasa cuba bersatu bersama-sama.
“Seronok tengok family kak Abby happy bercuti sama-sama, kekalkan begini. Cari yg positif-positif je dalam hidup kan kak.
“Di context sebagai seorang ibu ayah, kalau anak perempuan kita dah dinikahi oleh seorang lelaki, insha allah kita redha dgn takdir. Berbanding kalau ke hulu ke hilir dipergunakan tanpa ikatan yg sah,” komen beberapa netizen.

Berita Trending: Umisya Kongsi Hikmah Disebalik Berpoligami

Terdahulu, nama Marissa sehingga hari ini menjadi bualan ramai disebabkan kahwin dengan Ahmad Aslam tanpa pengetahuan keluarga di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.
Bukan sahaja keluarga, pernikahan mereka berlangsung ketika Misya sedang menunaikan umrah.
Namun kemelut itu berakhir selepas Aslam tampil bertemu dengan keluarga mentuanya awal Aidilfitri lalu bahkan Abby juga sudah reda menerima ketentuan takdir.

Berita Trending: Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam

Berita Trending: Abang Tesla Tanya, Kenal Marissa Atau Tidak? Ini Jawapan Umisya…

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

“Tak Halang Untuk Dia Jadi Content Creator Tapi…’ - Dr. Say Izinkan Anak Jadi Pencipta Kandungan Namun Bersyarat

gempak
12/09/2024
08:55 MYT
Sebagai ibu bapa, meskipun memberi kebebasan memilih dia mahu anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Lakukan Ritual Agama Sebelum Pulang Ke India

gempak
01/09/2024
09:56 MYT
Berdepan tragedi ahli keluarga 'ditelan' tanah dan 'hilang' sekelip mata bukanlah satu realiti yang mudah diterima, apatah lagi tidak berkesempatan untuk menatap wajah insan tersayang itu buat kali terakhir.
Hiburan

“Kita Diuji Sebab Allah Sayang” - Norman Hakim

gempak
28/08/2024
01:55 MYT
Aktor Norman Hakim menyifatkan setiap perkara yang hadir dalam kehidupan adalah diluar kawalan seseorang.