gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Minta Maaf, Ustaz” – Mamat Sepah Tampil Mohon Maaf Selepas Video Menyampuk Tular
HIBURAN
“Dua Bulan Baru Berani” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Pertama Mandikan Anak
HIBURAN
Mahkamah Perancis Jatuhkan Hukuman Dalam Kes Rompakan Kim Kardashian
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Mahkamah Perancis Jatuhkan Hukuman Dalam Kes Rompakan Kim Kardashian

gempak
Gempak
24/05/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Mahkamah Perancis Jatuhkan Hukuman Dalam Kes Rompakan Kim Kardashian

Sebuah mahkamah Perancis pada Jumaat mensabitkan lapan individu berkaitan kes rompakan terhadap selebriti Amerika Syarikat, Kim Kardashian pada 2016 selepas perbicaraan berprofil tinggi di Paris, lapor agensi berita Jerman dpa.

Tujuh daripadanya dijatuhi hukuman penjara antara tiga hingga lapan tahun, manakala sebahagian hukuman digantung pelaksanaannya.

Seorang lagi dikenakan denda, manakala dua tertuduh dibebaskan.

Pertuduhan terhadap sembilan lelaki dan seorang wanita itu merangkumi rompakan bersenjata, pemilikan senjata secara haram, pengurungan secara tidak sah serta pemalsuan dokumen.

Media Perancis menggelar kumpulan ini sebagai "Grandpa Robbers" kerana purata usia mereka mencecah 60 tahun.

Kesemua tertuduh dibicarakan sejak akhir April lalu.

Kardashian, 44, diserang pada malam 3 Okt 2016 di sebuah kediaman mewah di Paris.

Perompak berkenaan melarikan barang kemas bernilai beberapa juta euro yang sehingga kini masih belum ditemukan.

Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Kim Kardashian
#Kes Rompakan
#Mahkamah Perancis
Must-Watch Video