Hiburan
"Momen Ambil Scroll Paling Diingati" - Wan Najdi Terkejut Menteri Kenal, Sempat Bersapa 10 Saat Di Pentas Konvokesyen!
Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi tergamam ketika disapa Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek ketika Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Ke-14 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 7 November lalu.
Kongsi Najdi, momen yang hanya sempat diluangkan selama hampir 10 saat di pentas ketika menerima scroll diplomanya itu antara perkara yang tidak dapat dilupakan.
"Alhamdulillah saya telah selamat bergraduasi dan menerima sijil diploma pendidikan lepasan ijazah (DPLI) menerusi istiadat konvokesyen yang telah berlangsung baru-baru ini.
"Namun, momen yang paling mengujakan apabila YB Menteri menegur saya ketika saya menerima scroll daripadanya. Terkejut saya ketika itu. Katanya dia macam kenal saya, kemudian saya jawab saya bekas UNIC.
"Dan nak dijadikan cerita, YB juga seorang peminat lagu-lagu nasyid jadi tak peliklah kalau dia kenal penyanyi-penyanyi nasyid di Malaysia ini," katanya kepada Gempak.
BERITA TRENDING: “Risaukan Anak Berusia 6 Bulan”- Bekas Kumpulan UNIC, Wan Najdi & Isteri Positif Covid
BERITA TRENDING: “Doakan Bini Saya…”- Hamil 37 Minggu, Isteri Najdi Positif Covid-19
Najdi melanjutkan bicara, dia bakal memulakan tugasannya sebagai guru di sebuah sekolah rendah di Bandar Teknologi Kajang melihat sapaan Fadhlina sebagai satu motivasi untuk terus memperkasakan irama nasyid."Ini satu platform bagus, nasyid ini irama berkaitan pendidikan, kalau tak ambil peluang bekejasama dengan kementerian satu kerugian besar," katanya yang baru melancarkan single berjudul Bara bersama Idzhar Jumali (Nowseeheart) tahun lalu.
Dalam pada itu, akui Najdi, tidak mudah melewati perjalanan selama setahun menyambung pengajian dalam bidang diploma dalam subjek Pendidikan Islam di IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur.
BERITA TRENDING: "Ada Nasi Lauk Telur Pun Alhamdulillah" - Najdi Dedah Industri Nasyid Tenat, Harapkan Show Ramadan Tapi Bayaran Ciput
"Memang payah belajar dalam keadaan yang sudah berkahwin dan punyai empat orang anak. Isteri juga masih bekerja."Cuma dalam situasi sekarang saya lebih matang berbanding zaman ijazah sarjana muda sebelum ini.
"Memang inilah cita-cita saya selepas bergraduan pada tahun 2014 sebelum ini, saya memang nak menyambung pengajian untuk bergelar guru. Cuma saya sempatlah mencari pengalaman dan Alhamdulillah akhirnya dapat juga menjadi pendidik," tambahnya yang lulus dengan cemerlang.
BERITA TRENDING: "Dulu Umi Tak Bagi Naik Motor" - Umur 29 Baru Nak Ambil Lesen Motosikal, Wan Najdi Kecewa Gagal Ujian JPJ
Must-Watch Video