Hiburan

Momen Aisar Khaled Berpelukan Dengan Ibu Sebelum Jalani Pembedahan Buat Netizen Sebak - “Selagi Kita Mempunyai…”

gempak
Ernalisa
09/01/2025
10:25 MYT
Sponsor Banner
Momen Aisar Khaled Berpelukan Dengan Ibu Sebelum Jalani Pembedahan Buat Netizen Sebak - “Selagi Kita Mempunyai…”
Pelukan personaliti Media Sosial Aisar Khaled bersama ibunya Roslina Abdul Rashid sebelum memasuki dewan pembedahan mengundang rasa sebak netizen yang menonton video berkenaan.

BERITA BERKAITAN: Netizen Kenenkan Dengan Aisar Khaled, Jennifer Coppen; "Biarkan Saya Jadi Janda Hot"

BERITA BERKAITAN: Selepas Fuji, Aisar Khaled Buat Konten Dengan Jennifer Coppen Pula, Ramai Netizen Approve! - “Satu Malaysia Sokong Kalau…”

Video yang memperlihatkan momen itu dikongsikan sendiri Aisar pada Khamis, ketika dia menemani ibunya sebelum menjalani operasi pembedahan membuang cyst pada ovari.

"Dalam video itu mama cakap 'maafkan mama'.

"Minta maaf nanti saya ada masa, selepas mama habis pembedahan saya hubungi semula," katanya kepada Gempak.

Dalam video yang dikongsikan Aisar, kedua-dua beranak itu dilihat saling berpelukan sambil meminta maaf sesama sendiri.

Dalam perkongsian lain, gambar bersama ibunya yang dimuat naik pada akhir tahun lalu juga dihujani doa oleh para pengikut di instagram milik Aisar.
Walaupun gambar berkenaan merupakan potret lama, rata-rata netizen mengharapkan pembedahan yang dilakukan ibunya selamat.
Dalam pada itu, pempengaruh berkenaan sempat menitip pesan agar orang ramai menghargai ibu masing-masing.

"Selagi kita mempunyai ibu, hormati dan sayangilah ibu kita.

"Kerana berkat doa ibu tiada tandingnya," katanya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024