,
Laman Utama

Mohon Maaf, Rina Harun Perjelas Tindakan Suap Anak Fendi Caliph Busker

Awani
11/07/2021
04:45 MYT

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun memohon maaf atas tindakannya menyuapkan anak perempuan penyanyi Fendi Caliph Busker ketika menyantuni keluarga terbabit di ibu negara pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan media, Rina antara lain menzahirkan permohonan maaf susulan tindakannya itu yang mendapat banyak komen daripada orang ramai.

"Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin akan pematuhan SOP dalam usaha menangani penyebaran wabak COVID-19.

"Berikutan berita yang tular berkenaan tindakan saya menyuapkan makanan kepada seorang kanak-kanak OKU bernama Nur Azalea Zafirah, berusia 6 tahun yang merupakan anak kepada saudara Fendi Adlun, pemuzik Caliph Buskers.

"Saya memohon maaf andai kiranya tindakan responsif saya tidak menyenangkan mata dan menimbulkan persoalan dan kebimbangan kepada sesetengah pihak," jelasnya.

Tambah Rina, kanak-kanak tersebut mengalami cacat penglihatan dan autisme. Malah kanak-kanak itu tambahnya, tidak mampu makan sendiri dan perlu dibantu.

"Untuk makluman semua, kanak-kanak tersebut merupakan seorang kanak-kanak OKU penglihatan dan autisme yang mana anak ini berada dalam keadaan kurang ceria ketika ketibaan saya.

"Namun kanak-kanak tersebut beransur ceria dan tenang apabila dipujuk dan ditawarkan hidangan makanan yang saya bawa. Bapa beliau sendiri memaklumkan bahawa anaknya tidak mampu makan sendiri dan perlu dibantu dalam menyuapkan makanan kepada anaknya.

"Hati saya menjadi lebih tersentuh apabila kanak-kanak tersebut sendiri menyebut “Nak Aunty suapkan…” kepada saya. Untuk tidak menghampakan anak istimewa ini, saya terus menyuapkan makanan tersebut sebagai sebahagian pendekatan psikososial dalam menzahirkan rasa kasih saya sebagai seorang wanita kepada kanak-kanak apatah lagi buat insan yang kurang bernasib baik ini," jelas Rina lagi.

Tegasnya, beliau sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri setiap masa dengan menggunakan sanitasi tangan sebelum dan selepas menyantuni kumpulan sasar yang memerlukan bantuan.

Bagaimanapun, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih terhadap orang ramai yang sedia menegurnya bagi memperbaiki tugasan sehariannya.

"Terima kasih sekali lagi buat komen-komen yang membina yang diberikan dalam usaha memperbaiki tugasan, amanah dan tanggungjawab kebajikan yang saya usahakan.

"Semoga kita terus dilindungi dan keluar dari kemelut pandemik COVID-19 ini dengan segera," jelas Rina lagi.

Kejadian itu tular dalam media sosial apabila Rina didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal malah menyuap anak orang secara sentuh terus semasa kunjungannya ke kediaman Fendi pada pagi Sabtu.

Dalam lawatan itu Rina turut menyalurkan Bantuan Bakul Makanan kepada pemain dram kumpulan Caliph Buskers serta menyelaras proses permohonan OKU beliau setelah bantuan Elaun Pekerja OKU tamat pada tahun 2019.

Turut disampaikan, sumbangan tunai Yayasan Kebajikan Negara dan juga Tabung Bantuan Segera Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kunjungan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.