,
Laman Utama

Mohon Jaga-Jaga, Met Malaysia Ramal Hujan Lebat Berterusan Bermula 17 hingga 21 Disember

Mya Amri
13/12/2022
00:28 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berterusan berlaku di kawasan pantai barat Semenanjung, barat Sabah dan utara Sarawak pada sebelah petang hingga awal malam dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan memaklumkan, luruan monsun dijangka memasuki rantau negara mulai 17 Disember berdasarkan berdasarkan analisis model-model cuaca.
“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung dan timur Sabah dalam tempoh 17 hingga 21 Disember 2022.
“MetMalaysia sedang memantau keadaan ini dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Lebat Berterusan Peringkat Waspada sekiranya perlu.
“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam siaran di Facebook pada Isnin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Satu Lagi Kejadian Tanah Mendap Kira-Kira 50 Meter Dari Lokasi Insiden Wanita Terjatuh Di Masjid India

gempak
28/08/2024
01:18 MYT
Satu lagi kejadian tanah mendap dilihat berlaku kira-kira 50 meter daripada lokasi tanah jerlus di Jlan Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini.
Terkini

Hujan Berterusan Diramal Landa Pantai Timur & Johor Hingga Isnin Depan

gempak
27/01/2023
09:00 MYT
Jaga keselamatan anda
Laman Utama

MetMalaysia Ramal Pantai Timur Alami Hujan Sangat Lebat Hingga Rabu Ini

gempak
18/12/2022
21:14 MYT
Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan sangat lebat berterusan hingga Rabu ini
Laman Utama

Hati-Hati Orang Pantai Timur! Hujan Lebat Berterusan, Banjir Semakin Buruk Di Kelantan

gempak
18/12/2022
09:30 MYT
Allahu... Risaunya...
Laman Utama

[VIDEO] “Hancurnya Hati…” - Reen Rahim Hiba Rumah Ibu Bocor Dibadai Hujan, Pokok Tumbang Kena Ampaian

gempak
17/11/2022
06:50 MYT
Kesian tengok...