gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Anggota 4U2C, Azam Nafi Semua 25 Lagu Milik Man Senoi - “Kecewa…70 Peratus Lagu Milik Kami”
HIBURAN
Takkan ‘Overshadow’, Ziana Zain Anggap Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel Ada Vokal Tersendiri - “Saya Tak Kisah Jika…”
DRAMA
‘Di Sebalik Reda’ Paparkan Konflik Adik-Beradik, Siti Khadijah Cuba Selami Watak Darlina - “Saya Fahamkan Dialog & Berkenalan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Mohon Bersabar, Proses Bayaran i-Sinar Dibuat Mulai Hari Ini…” - KWSP

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
02/03/2021
07:05 MYT
Sponsor Banner
“Mohon Bersabar, Proses Bayaran i-Sinar Dibuat Mulai Hari Ini…” - KWSP
“Mohon bersabar,” demikian kata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai pembayaran i-Sinar yang sedang berjalan ketika ini.
KWSP dalam sebuah kenyataan berkata, permohonan yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat mulai, hari ini.
Permohonan tersebut membabitkan pemohon yang masih menunggu keputusan kelulusan dan yang berstatus tidak lulus, sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dilaksanakan.
“KWSP menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang berjalan.
“Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya,” kata kenyataan tersebut.
Jelas KWSP lagi, permohonan baharu yang mencerminkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula 8 Mac ini kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 mereka.
Perkara itu katanya termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia.
“Permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh lima hari bekerja dan selepas tempoh ini, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.
“Bermula 8 Mac 2021 juga, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online,” jelas KWSP lagi.
Topic Berkaitan
#KWSP
#i-Sinar
#Bayaran mulai hari ini
#i-Sinar Lulus
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement