,
Hiburan

Model Jadi Pelakon, Fahmi Zaki Bimbang Kejutan Budaya & Kontroversi! - "Kalau Jadi Artis Waktu Muda, Mungkin Saya Akan..."

Amri Hassan
11/03/2024
06:55 MYT
Selepas hampir 10 tahun aktif sebagai model, tahun ini pendatang baharu dunia seni Fahmi Zaki memberanikan diri untuk terjun ke dunia lakonan.
Namun, sebagai pelakon baharu kebimbangan terbesar Fahmi, 28, adalah kontroversi dan kejutan budaya dalam industri hiburan.
“Sebelum ini saya hanya melihat dunia seni sebagai orang biasa. Sekarang saya pula berkerja sebagai pelakon jadi, bimbang juga tentang kontroversi yang sebelum ini saya dengar tentang artis lain.
“Selain itu, saya bimbang juga tentang kejutan budaya, sesuai atau tidak untuk saya bekerja sebagai pelakon. Sebagai manusia biasa, takut tersalah langkah,” ujar Fahmi yang ditemui pada sambutan Tahun Baharu Cina Asics Malaysia baru-baru ini.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Imej Seksi Jadi Perhatian Lagi, Isteri Yonnyboii Dituduh ‘Culture Shock’ Selepas Kahwin - “Memang Dari…

Sungguhpun begitu selepas terlibat dalam sebuah drama Kembali Mencintai, sangkaannya meleset dan mula seronok bergelar seorang pelakon.
“Sebelum bermula memang risau, tetapi apabila sudah berlakon dan faham kerja pelakon, saya mula rasa seronok.
“Paling penting adalah niat kenapa saya mahu menjadi pelakon. Pada usia 28 tahun saya sudah matang dan tahun bukan mudah untuk mendapatkan wang.
“Jadi, saya berlakon bukanlah sekadar main-main atau mahu popular, sebaliknya serius mahu menjadikan lakonan sebagai karier untuk jangka masa panjang,” katanya yang juga seorang jurulatih kecergasan.

Gagal ujibakat Hero Remaja

Berkongsi tentang minatnya dalam dunia lakonan, kata anak kedua daripada empat adik-beradik itu, sebelum ini dia pernah mencuba nasib untuk menyertai pertandingan Hero Remaja 2019 tetapi nasib tidak menyebelahinya ketika itu
Tidak berputus asa, Fahmi terus mencari peluang dan ruang dan akhirnya pada tahun ini barulah rezeki berpihak kepadanya.
“Ikutkan saya pernah sertai uji bakat Hero Remaja 2019, tetapi gagal. Walaupun tidak berjaya saya tidak pernah lupakan impian untuk menjadi pelakon.
“Alhamdulillah, tahun ini barulah semuanya berhasil dan saya telah mula berlakon. Saya percaya Allah akan beri rezeki pada waktu yang tepat.
“Jika saya terjun ke dunia seni waktu muda mungkin saya akan hanyut atau tidak serius untuk bekerja. Sekarang pada usia yang matang, saya hargai setiap rezeki yang datang dan buat bersungguh-sungguh apabila diberi kepercayaan untuk membawa sesuatu watak,” tutur Fahmi yang merupakan pemilik perniagaan Dap Dap Yogurt.
Terbaharu, Fahmi kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Dosa Cinta untuk siaran iQIYI terbitan Zeel Production.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar