,
Hiburan

MLM2019: Tak Best Pun Dapat Banyak ‘Ha’… JBorn Jawab Dakwaan ‘Favourite’ Juri

Fiza Kamarudin
19/12/2019
10:34 MYT
Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, JBorn tidak peduli dengan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa mereka merupakan peserta favourite juri.
Sehingga ada yang mempertikaikan persembahan JBorn kurang mantap dua minggu lalu namun tetap memperoleh ‘Ha’ yang banyak daripada pihak juri.
“Kalau kita bercakap tentang dua minggu lepas, nasib kami baik sebenarnya. Sebab kebetulan yang komen Lisa Surihani dan dia tidak pernah tengok kami bawa ‘Megat-tron’ di pentas dan berasakan ia fresh.
“Tapi untuk orang yang tengok Jborn di Muzikal Lawak Superstar (MLS), mereka akan kata ini formula dulu.
“Jangan kata kami suka-suka nak recycle bahan lawak kerana ‘Megat-tron’ dibawa ke pentas MLM 2019 atas permintaan peminat.
“Selepas ini JBorn akan lebih berhati-hati dan tidak akan mendengar cakap orang yang mahu kami bawa semula watak yang pernah dipersembahkan dalam MLS sebelum ini.
“Kami ingat tidak akan menjadi isu kerana MLM dan MLS kan dua program berbeza. Apa pun terima kasih kepada semua yang telah memberi teguran kepada JBorn,” kata Khir Rahman mewakili JBorn.
Mengulas mengenai persembahan mereka pada minggu muzikal yang hanya memperoleh 4 Ha, Jborn berkata, itu membuktikan juri tidak berat sebelah menilai peserta.
“Kami akur dengan keputusan tersebut dan akur dengan komen Datuk Jamal Abdillah yang berpendapat lawak kami tak sampai.
“Jadi tak ada isu favourite atau berat sebelah. Persembahan memang ada turun naiknya dan juri tahu kerja mereka.
“Lagi pun suka atau tak suka itu kan subjektif. Ada orang suka, ada orang tak suka, jadi kami terima apa sahaja pandangan positif atau negatif penonton,” kata Jborn.
Jangan lupa saksikan minggu bertemakan Percutian bersama KFC pada minggu kelapan bersama Rojak, Zero, Jborn, Rare, Bocey, Puteh, Stone dan Rahmet.
MLM 2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Jangan lupa mengundi peserta bintang MLM 2019 kegemaran anda untuk Oppo Punchline Machine di:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega 2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Muzikal Lawak Superstar 2

“Tiada Langsung Selisih Faham” - Khir Rahman Jelas Sebab Vicha Tak Sertai MLS2

gempak
11/12/2020
07:40 MYT
Pelakon dan bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) Khir Rahman menjelaskan ketiadaan Vicha untuk menyertai kumpulan JANGGO tahun ini.
Berita

Hulurkan Bantuan, Man Raja Lawak Sumbang RM50,000 Hadiah Kemenangan MLM 2019

gempak
01/04/2020
03:41 MYT
Hiburan

“Jibob Separa Sedar Dan Akan Dipindahkan Ke Hospital Serdang, Tapi Kalau…” – Che Mat OnxOn

gempak
14/03/2020
07:11 MYT
Maharaja Lawak Mega 2019

“Ambil Iktibar Dan Akan Lebih Berhati-Hati” – RARE Mohon Maaf Isu Sindiran

gempak
07/02/2020
06:17 MYT
Maharaja Lawak Mega 2019

"Buat Apa Nak Malu? Bawalah Watak Sepenuh Hati" - Kerap Dilabel Badut, Man Raja Lawak Tak Kisah

gempak
20/01/2020
10:53 MYT