,
Berita

MLM 2018: "Keserasian Antara Taman Tidak Boleh Dipertikaikan Lagi, Seorang Bagi Seorang Lagi Smash" - Remy Ishak

Elrafaei Sapi
19/12/2018
10:57 MYT
Persembahan kumpulan Taman pada saingan program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) minggu lalu terus konsisten apabila mendapat pujian juri.
Pada saingan minggu ketujuh, Taman masih terselamat daripada penyingkiran.
Taman yang dianggotai Tauke Jambu bersama Man Posman berjaya menghiburkan juri dan penonton menerusi persembahan watak pengemis lakonan Man manakala Tauke sebagai orang Arab.
Pelakon kacak, Remy Ishak yang juga juri tetap MLM 2018 memberikan komen persembahan kedua anggota kumpulan ini cukup serasi.
"Keserasian antara mereka tidak boleh dipertikaikan lagi. Seorang bagi seorang lagi 'smash'," katanya yang memberikan 4 ‘ha’ kepada Taman.
Pada persembahan minggu keenam sebelum ini, Taman mendapat pujian juri Scha Alyahya yang berpandangan kumpulan itu begitu fokus dari awal hingga akhir persembahan.
Bagi cabaran dialet dan loghat pada persembahan minggu ketujuh, Remy juga menyatakan agak sukar untuk mencari kesilapan kumpulan Taman ketika membuat persembahan.
"Sampai hari ini sukar nak cari kesilapan daripada kumpulan Taman. Dari segi dialek saya pun tidak terfikir kumpulan Taman bawa konsep dari luar masuk ke sini," katanya.
Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.
Viral

Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

gempak
11/06/2024
06:55 MYT
Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang minat memakai perhiasan seperti barang kemas dan cincin berlian.
Hiburan

Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

gempak
09/06/2024
07:55 MYT
Pertama kali bergandingan dalam filem aksi The Experts, pelakon Datuk Aaron Aziz memuji cara kerja dan personaliti aktor Syafiq Kyle.
Filem

Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level Popcorn?”

gempak
08/06/2024
04:50 MYT
Pengulas filem bebas, Zhafvlog akhirnya bersemuka dengan seorang individu dikenali sebagai Abang Riak yang mengkritik ulasannya mengenai filem heist pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts.
Filem

The Experts: Dikelilingi Enam Kamera, Kena Menari Tango Depan Lebih 100 Orang, Remy Ishak Kongsi Kisah Sebenar Berlaku Behind The Scene

gempak
08/06/2024
03:34 MYT
Lakonan hero malaya menerusi filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts, ternyata membuatkan ramai yang terpegun kelainan dibawakan oleh Remy Ishak.